GAGAL !!!

Tuesday, January 25, 2011


Usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 menemui kegagalan apabila tidak mendapat undi majoriti dalam sidang DUN tergempar yang diadakan semalam. Pindaan yang diusahakan itu memperoleh 34 undi menyokong dan 20 undi membantah. Biarpun angka menunjukkan lebih undi yang menyokong, namun ia tetap gagal diluluskan kerana tidak mendapat majoriti 2/3 berdasarkan Perkara 98, Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Untuk meluluskan pindaan tersebut, Kerajaan PKR Negeri Selangor memerlukan sekurang-kurangnya 38 undi daripada 56 kerusi DUN.

Walau bagaimanapun, kegagalan itu sudah pun diduga. Kerajaan PKR Negeri Selangor pun sedar yang mereka tidak akan dapat memperoleh undi yang cukup. Persoalannya, kalau sudah tahu akan gagal...mengapa pindaan masih ingin dibuat? Mesti semua sudah tahu yang ianya hanyalah percaturan politik.

Menyoroti kembali, pindaan yang kononnya untuk mengembalikan kuasa DYMM Sultan Selangor bertitik tolak daripada peristiwa keengganan kerajaan PKR Negeri Selangor untuk mengiktiraf pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang telah pun mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Disebabkan itu, pindaan yang ingin dilakukan adalah bagi mengembalikan kuasa pelantikan SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Penasihat Undang-undang Negeri kepada kerajaan negeri kerana sebelum ini, pelantikan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Mendalami lagi isu ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Sultan Selangor  telah dinafikan kuasa untuk melantik. Namun, umum mengetahui yang sememangnya Sultan Selangor telah pun memberi perkenan Baginda atas pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK Negeri. Namun, apa yang tidak disukai oleh MB Khalid ialah beliau tidak mempunyai kuasa untuk melantik. So, dapat difahami di sini bahawa MB Khalid sebenarnya mahu kuasa dikembalikan kepada beliau memandangkan pindaan ini membolehkan beliau 'menasihati' Sultan dalam soal pelantikan...

Kegagalan pindaan tersebut pasti mencetuskan polemik 'Siapa Pendehaka?'. Pembangkang menggunakan kembali krisis perlembagaan 1993 dan mengatakan yang Kerajaan BN telah pun menderhaka dahulu bila meminda perlembagaan pada tahun 1993 yang dikatakan telah menghakis Kuasa Raja dan telah menodai perlembagaan negara. Tun Mahathir yang pada masa itu mengingatkan bahawa dua perkara tersebut adalah berbeza. Pada tahun 1993, parlimen terpaksa meminda perlembagaan pada masa itu bagi mengukuhkan kembali institusi Raja yang jika diikutkan pada masa itu, institusi Raja kehilangan 'populariti' akibat beberapa isu. Namun pindaan yang dilakukan oleh Kerajaan PKR Negeri Selangor hanya untuk 'meragut' kuasa Sultan dan lebih bermotifkan politik.

Sebenarnya, isu ini telah megheret institusi DiRaja ke kancah politik. DYMM Sulta Selangor terpaksa mengeluarkan titah untuk tidak mengheret Baginda ke kancah politik. Sebagai umat Melayu, pantang Raja dipermain dan diperguna...lebih2 lagi hanya kerana dendam politik dan sekadar ingin memuaskan nafsu politik yang rakuskan kuasa... Usah amalkan 'politik bodoh' yang akhirnya menyebabkan seorang ahli politik digelar sebagai PENDERHAKA !!! Ingatlah, JEBAT mati dibunuh TUAH kerana derhaka ~

0 comments: