Isu 'Interlok': Kerajaan Tewas?

Saturday, January 29, 2011


Isu novel 'Interlok' dianggap selesai oleh kerajaan apabila memutuskan untuk mengekalkan penggunaan novel tersebut namun dengan beberapa pindaan. Kalau itulah penyelesaiannya, memang x berapa kena la sebab ini seolah-olah kerajaan telah 'tewas' dengan desakan.

'Interlok' mula menjadi isu apabila novel yang menjadi bahan pengajian sastera pelajar Tingkatan 5 dikatakan telah menghina kaum India kerana perkata 'pariah' yang digunakan dalam novel tersebut. Lantaran sensitiviti tersebut, ada pihak mula 'bikin panas' isu tersebut sehingga mengundang air mata penulis buku tersebut iaitu Saterawan Negara, Abdullah Hussain. Mereka mula mendesak kerajaan untuk menggantikan buku tersebut sebagai bahan pengajian.

Jika diikutkan, karya Abdullah itu merujuk kepada peristiwa sejarah tentang perpaduan bangsa di Malaysia. Dan pada pendapat aku sejarah perlu dinyatakan secara jelas biarpun terdapat unsur sensitiviti supaya anak muda mengerti sejarah sebenar negara. Kalau hanya kerana perkataan 'paria', jangan kita menidakkan sejarah bahawa 'pariah' yang merujuk kepada salah satu kasta yang diamalkan masyarakat di India adalah benar2 berlaku dan masih lagi berlaku sehingga ke hari ini.  

Aku setuju pendapat yang mengatakan bahawa penceritaan yang dilakukan berdasarkan sejarah memang akan wujud sensitiviti kerana ia adalah perkara sebenar. Jika kita hendak menafikannya, bermakna kita menafikan sejarah dan segala penambahan atau pengurangan hanya akan menjadikan sesebuah sejarah itu sebagai sebuah kisah dongeng

Fikirkanlah sama ada kita mahu beri pemahaman nilai sejarah sebenar dengan anak muda atau hanya sekadar ingin memberi kisah yang sedap didengar semata-mata. Jangan hanya ingin menjaga kepentingan beberapa pihak, nilai sejarah dikorbankan. Dan akhirnya anak muda kita 'buta sejarah'.

0 comments: