Penyiasatan

Monday, January 24, 2011

Jika sebelum ni aku pernah berkongsi tentang drama yang penuh drama yang aku suka tengok. DAN kali ini, aku ingin menyambung kembali tapi dengan kisah drama penyiasatan yang menjadi favourite aku dan kenapa korang juga patut tengok. Aku ingin menyembahkan kepada korang dua siri penyiasatan di televisyen yang besat bagi aku iaitu Crime Scene Investigation (C.S.I) dan Criminal Minds. Kedua-duanya mempunyai cerita yang sama iaitu menjejaki pembunuh tetapi cara yang digunakan adalah berbeza.

 Crime Scene Investigation (C.S.I) 


Seingat aku, terdapat 3 siri yang ditayangkan iaitu 'C.S.I : Crime Scene Investigation', 'C.S.I : MIAMI' dan 'C.S.I : NY'. Ketiga-tiganya adalah hasil idea dari orang yang sama. So, jalan cerita pun sma cuma berbeza watak dan lokasi. C.S.I mengisahkan bagaimana pihak berkuasa menggunakan BUKTI sebagai usaha menjejak penjenayah. Mereka percaya bahawa tiada siapa yang mampu melakukan pembunuhan yang sempurna dan pembunuh pasti akan meninggalkan atau tertinggal bukti dan kesan. Inilah modal yang dijaja dalam siri C.S.I. . . . Walaupun nampak klise tapi penyampaiannya bukan setakat drama, tapi ia juga mampu memberi kita pengetahuan dan ilmu kerana setiap bukti dianalisis dan diterangkan dengan jelas. Ini membuatkan kita sebagai penonton akan turut sama mengetahui sesuatu yang sebelum ini mungkin kita tidak tahu. Kecanggihan peralatan yang digunakan turut memberi impak dalam cerita ini. Saksikan sahaja bagaimana dengan perkara remeh seperti cebisan kayu dan batu mampu memerangkap penjenayah yang melakukan angkara.

Criminal Minds


Siri penyiasatan ini pula menjejak penjenayah dengan menyelami pemikiran penjenayah. Konsepnya . . . 'Untuk menangkap penjenayah, kita mesti berfikir seperti mereka'. Siri ini secara tidak langsung mengajak kita untuk turut sama berfikir mencari jawapan. Ia memberi kita pendedahan bagaimana pemikiran seseorang itu boleh dibaca melalui sikap, suasana dan perlakuan. Aku suka benda2 begini kerana ia membantu kita mengkaji bagaimana sikap dan sifat seseorang itu dengan hanya ber'kiblat'kan pemerhatian dan pemikiran. Saksikan kehebatan bagaimana mereka dapat meneka tindakan seterusnya seorang penjenayah dengan hanya melalui pembelajaran cara pemikiran seseorang dan siri ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap kejadian yang berlaku ada sebab dan puncanya...

0 comments: