Mencari Pasangan

Friday, December 3, 2010



Memang seronok dan fanatik sekali segelintir manusia bila disebut soal cinta. Bukan je manusia yang seronok, monyet pun turut rasa gembira sebab nama diorang digunakan untuk menggambarkan cinta zaman sekarang.. 'CINTA MONYET'. Kali ni aku bukan nak cerita pasal monyet atau apa2 yang sewaktu dengannya. Tidak juga aku mau bercerita soal cinta sejati atau cinta monyet sebab aku ni bukan pakar cinta. So, xtaw la apa2 pasal benda ni. Jadi buat apa la aku sebut pasal cinta kalau gitu... Macam biasa la.. Suka hati jiran nenek aku la aku mahu sebut pasal apa pun sebagai mukaddimah mahupun penutup..hahaha ~

Ok la, kisah aku nak kongsi kali ni adalah mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan apabila mencari kekasih atau jodoh la lebih kurang. Cuba korang perhatikan trend zaman ini. Trend pasangan yang tidak sesuai dari segi luaran. Banyak mutakhir kali ni pasangan kita lihat seakan tidak kena. Ya la.. Perempuan mantap tapi lelaki muka macam atap.hehe. ~ Kenapa berlaku sebegini. Butakah mata perempuan yang cantik tu sampai memilih lelaki yang kurang kekacakannya? Lama aku cuba mencari jawapannya dan kini aku temui satu teori yang boleh dijadikan hipotesis ataupun sandaran awal.

Kita go through jiwa perempuan dahulu.... Perempuan bila mencari pasangan, mereka tidak kisah sangat dengan paras rupa lelaki tersebut. Mereka mencari kemachoan seseorang lelaki. Macho di sini tidak tertakluk kepada paras rupa yang hensem semata-mata, tapi lebih kepada sifat dan sikap serta perbuatan. Dalam fikiran mereka, buat apa mencari paras rupa yang menawan sedangkan mereka sendiri pun sudah lawa dan bergaya. Jadi mereka mencari seseorang yang boleh memahami mereka dan berupaya melindungi mereka. Jika ada pun yang mengejar paras rupa, ia cuma untuk suka2 dan sekadar melayan ego.. Tapi xkan kekal lama..  Satu lagi aku rasa la kan, bagi yang  mencari lelaki kacak adalah sebab diorang tak lawa, jadi untuk menutup kelemahan tu, terpaksa la mencari yang kacak.. Mungkin la kan...

Bagi lelaki pula, motif mereka cuma satu iaitu mencari perempuan yang cantik. Itu adalah naluri lelaki. Sama ada yang kacak mahupun yang cacat atau yang macho mahupun hancur, matlamat mereka cuma satu iaitu dapat pasangan yang cantik dan menarik. Bilamana tadi kita cakap yang perempuan mencari kemachoan dalaman, lelaki lebih suka mengejar rupa luaran. Tidak la semua lelaki begitu tetapi kebanyakannya berfikiran begitu. Walaupun demikian, tak semua dapat apa yang diimpikan. Jadi kalau yang lawa tak dapat, kawan c lawa pun jadi la.hahaha... Sebenarnya ada juga lelaki yang berjiwa seperti perempuan yang mencari keindahan dalaman berbanding luaran, tapi berapa kerat sangat la kawan2 di sekeliling anda yang sebegitu. Nasib la aku ni salah seorang daripadanya...hahaha. Selebihnya nak cari di mana? (perasan betul aku nie..)~

Itulah serba sedikit penyelidikan dan pandangan peribadi aku tentang gelagat mencari pasangan antara lelaki dan perempuan. Jadi cuba kita renung dan fikirkan bersama adakah kita sebegitu atau pernahkah kita berkawan dengan orang sebegitu? Cinta memang indah tapi bagaimana kita ingin mengindahkan lagi cinta itu. Satu soalan aku mahu tanya korang, KORANG BERCINTA UNTUK APA???

0 comments: