Perang Pena

Saturday, December 4, 2010

Pena adalah senjata bagi seorang penulis. Namun dalam serba yang moden ni, keyboard menjadi ganti bagi pena dan blog menjadi wadah untuk sang penulis melontarkan kritikan dan pandangan mereka tentang sesuatu isu. Aku suka melihat kawan2 aku yang semangat meng'update' blog masing2. Maklum la kan, tak mahu kalah antara satu sama lain. Boleh juga dijadikan cerita di kala bertentang mata nanti. Dalam semangat mereka tu, ada juga la kadang2 yang merapu. Mungkin kerana terlampau syiok menulis untuk kepuasan diri sehinggakan orang yang membaca pening seketika kerna tak memahami isi hati sang penulis.. Itulah yang terjadi bila syok sendiri.hehe ~ Tapi menulis adalah hak masing2 dan tak boleh kita pertikaikan apa yang ditulis oleh pemilik blog.


Kini sudah menjadi trend pula masing2 ingin mengarang cerita pendek (cerpen) dalam blog mereka dengan alasan mengasah bakat penulisan yang terpendam. Mungkin ya mungkin tidak. Adakah ia sekadar alasan untuk memuaskan nafsu penulisan atau ada sesuatu dalam kisah yang mereka karang. Ingin juga aku menulis kisah rekaan aku, namun aku sedar yang ia bukan matlamat asal penciptaan Diari Seorang Putera. Biarlah aku sekadar menatap dan membaca kisah dari teman2 sebagai tanda pembakar semangat mereka agar terus berkarya...KUNUUUNNNN ~ Teruskan berkarya wahai bloggers . . .

0 comments: