Siapa Yang Peduli Part 2

Monday, November 22, 2010



Baru beberapa hari ni selepas pulang ke Kelantan, aku rasa diriku kembali bernyawa apabila dapat melakukan xtvt bersama kawan2. Tapi siapa yang peduli kan? Begitulah juga cerita yang aku nak khabarkan kali ni. Mungkin tak siapa yang peduli, tapi kisah ini sekadar perkongsian bersama. Tajuk kali ni adalah sambungan kepada post aku sebelum ini. Jika orang cakap, post sebelum ni kurang menyengat, dengarkan nukilan kali ni pula. Xder la menyegat sangat pun, tapi kalau dah terkena, sengatnya bukan kepalang..haha ~ Kisah dalam blog aku kali ni adalah tentang situasi yang xkena di IPTA tempatan. Tapi sebelum aku tulis, aku nak mohon maaf dulu la kalau ader yang terasa.. rasa oren ka, pedas ka... apa2 je la rasa... aku minta maaf sebab cerita kali ni pasal kita2 je la yang menjadi warga sebuah IPTA (IPTA yg mna tidak dinyatakan bagi mengelakkan rasa terhina..hehe).

Universiti adalah tempat pengajian bagi yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Ia juga menjadi lubuk pencarian gaji oleh mereka yang bergelar kakitangan atau staff. Milik siapa sebenarnya universiti ni??? Semestinya bukan hak milik persendirian mak bapak aku ataupun hak milik kekal mak bapak korang.  Jika diikutkan, tempat yang digelar universiti ini ditubuhkan untuk pelajar bagi mencari ilmu.. Btul ka?? Jadi secara tak langsung, mahasiswa ni la modal utama tertubuhnya universiti ni. Manusia yang digelar staff ni termasuklah pentadbir dan lecturer adalah agen yang membantu. Mereka dibayar gaji untuk bekerja untuk pelajar. Betul ka? Tapi masalahnya sekarang, ada sesetengah orang ni yang buat2 tak paham konsep ni dan menganggap mereka TUHAN di universiti. Tak boleh ditegur, disentuh mahupun diasak... Kenapa wujudnya perasaan begini.? Aku pun xtahu.. Lu pikir la sendiri...

Pelajar pun satu hal juga. Mereka ni xnak ambil tahu pasal benda2 ni semua. Tapi bila kemahuan mereka tak dipenuhi dan kebebasan mereka disekat, mulalah pot pet pot pet bercakap ngan gua batu sebab diorang x berani nak cakap direct dengan jin dalam gua tu.. Itu satu hal.. Ada juga yang terlebih paham konsep ni sehingga mencabar undang2 yang ada. Maka wujudlah makhluk2 perosak seperti Kurt Hummel dan sekutu-sekutunya. Diorang2 ni wujud sebab xtahu saluran dan tertibnya. Saper yang salah kalau gitu?... Cuba tanya pula apa geng2 pimpinan kepada pelajar ni buat... Tak kesah la PPM ka..KPJ ka... apa ka.. Apa peranan diorang di universiti? Kalau setakat tabur janji dan menjadi tali barut pihak2 tertentu, bagus p join komunis. Boleh juga askar kita tembak diorang sampai mati... 

Ada juga la suatu kejadian (xtahu la d mna 2..), bila pelajar nak aktif sikit, disogok pula alasan tiada duit. Entah la ke mana duit tu terbang. Ada sayap barangkali duit sekarang. Bila nak menonjol sikit, mulalah dijatuhkan kalau tak selari dengan perjuangan. Macam mana perjuangan nak selari kalau zaman dah berubah jadi NEM, ETP & GTP, pentadbiran masih dengan pemikiran zaman DEB. Boss bertukar 15 kali pun takkan berhasil kalau orang tengah ni masih dengan konsep 'minda dia sahaja yang betul'. Sebab tu la dah banyak orang berubah peranan. Sebagai contoh, ada di salah sebuah IPTA yang mengupah pengawas sekolah dan pekerja majlis daerah menjaga ketentaraman awam... Pengawas sekolah??? Majlis Daerah??? ish3x... (paham ka xdak terma2 tu?)

Alangkah indahnya jika mahasiswa dapat menimba ilmu dalam keadaan selesa dan tenteram. Barulah modal insan Ulul Albab dapat dijana. Xperlu lah kita nak demo sana, demo sini, cukluplah jika masing2 sedar tanggungjawab dan peranan tanpa mengusik sedikit pun hak orang... Apa guna mendapat segulung ijazah setelah belajar dalam penjara kan??? 


to be continued

0 comments: