Siapa Yang Peduli Part 1

Friday, November 19, 2010

 Siapa Dia?

Aku di mana... Siapa yang peduli? Hanya kata-kataku yang menjadi pesanan ~

Sedar tak sedar, aku sudah pun meninggalkan negeri Sabah...entah untuk berapa lama..sebulan? setahun? 10 tahun? atau selama-lamaya? Walau apa pun, kini aku di Kelantan, tanah airku dan hidup perlu diteruskan. Benar kata orang, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Segala perancangan yang aku draft tampak semua tak menjadi. Tiba2 sahaja cerita yang happy berubah menjadi cerita duka terhebat bagi aku. Tak tahu di mana silapnya hingga aku dihukum begini. Mungkinkah ini HUKUM KARMA !!? Tak perlulah aku ceritakan apa yang berlaku sebab aku pun tak paham apa yang terjadi. Semuanya datang secara tiba2 ~

Tinggalkan kisah itu untuk aku fikirkan sendiri, sekarang aku ingin kongsikan apa yang aku ingin ceritakan. Mungkin ada yang akan terluka dengan kisah aku ini. Sebab itulah aku cuma bercerita bilamana aku sudah di Kelantan, jauh dari ancaman.hahaha~ Apa sebenarnya pembongkaran yang aku janjikan tu? Ada ka xdak? Ada yang tertunggu-tunggu untuk menanti jawapannya. Tiada apa yang menarik sebenarnya, just aku mau nukilkan beberapa ragam yang aku temui semasa pengajianku di salah sebuah IPTA di Sabah. Tak kisah la ragam manusia mahupun ragam organisasi. Macam2 yang aku temui dan pelbagai pengalaman yang aku tempuhi. Semuanya mengajarku agar berhati-hati menghadapi musuh yang berselindung di sebalik topeng keamanan dan kejujuran. Aku takkan sebutkan secara khusus siapa mereka…aku akan biarkan korang berteka-teki mencari jawapan yang pasti. Sebelum tu, aku nak mohon maaf dulu kalau ada yang tersinggung mahupun berkecil hati… Kalau terlampau bisa tu, padan la muka..hahaha.

Gila KUASA adalah nilai yang paling banyak aku jumpa. Pantang dapat kuasa sikit, habis orang dicantasnya. Berlagak macam tahu semuanya tapi sebenarnya hampeh. Benar la kata pujangga, setiap kuasa itu ada syaitannya. Yang membezakan orang berkuasa itu ialah sama ada dia mampu mengawal nafsu atau dia terjerumus ke perangkap syaitan durjana.  Kalau tak percaya cakap aku, cuba korang perhatikan kawan2 korang yang dulunya sama2 lepak dan bergelak ketawa, tapi bila dah punya kuasa, habis korang dicantas. Setiap tindakan dikritik maha hebat. Tiada yang lebih power kononnya dari dia. Itulah kesan racun kuasa yang membunuh kawan lamamu ~

Ada individu yang aku kenal sikapnya cukup berbisa. Kata-kata manis, tapi durinya menusuk ke dalam hati. Bicaranya cukup lembut, bisa membuai fikiran dan mempengaruhi tindakan seseorang. Tapi di sebalik kata-katanya itu ada tersulam muslihat yang penuh agenda. Kita takkan sedar apa yang dihatinya kerana dadanya cukup kebal untuk ditembusi tilikan sang penilik. Hahaha.. aku tak tau la korang faham ka xdak ayatku ni.. Tapi kalau empunya diri yang baca, mungkin dia faham. Kalau anda tidak memahaminya, bermakna, anda bukan la orang tersebut.

Pernahkah anda mendengar sang harimau berteriak? Apa bezanya kalau ia berteriak di hutan atau di dalam gua? Kalau berteriak di hutan, mungkin seluruh isi hutan mampu mendengarnya. Namun jika ia hanya berteriak di dalam gua, belum tentu suaranya mampu didengari. Silap2 ia hanya memekakkannya kerana gema yang terhasil. Begitu la sikap segelintir yang aku temui di IPTA tersebut. Dia hebat dan lantang andai bersuara, tapi salah tempat dia bersuara. Dimarahnya pada batu yang dilanggar tapi tidak cuba untuk mengelaknya. Hanya satu mampu aku katakana padanya.. BODOH! Jangan jadi harimau yang mengaum pada pokok, tapi jadilah seperti singa yang menerkam mangsa tanpa belas kasihan. Telanlah racun yang pahit dan hamburkan kembali racun tersebut bersama penawarnya. Ada FAHAM??

...to be continued ~

0 comments: