Suasana Aidilfitri di UiTM Sabah

Tuesday, September 7, 2010

AIDILFITRI hanya dua hari sahaja lagi jaraknya. Maka bermulalah dengan hebatnya persiapan hari raya terutamanya di rumah2. Kalau sebelum ni sibuk shopping baju raya, sekarang tibalah masanya giliran rumah pula untuk dihias. Semua ditukar dengan yang baru, kalau boleh, rumah2 pun mahu ditukarnya. Begitulah semangatnya kita menyambut raya. hehehe. Bagi aku, tiada apa yang mahu dihias, sebab raya pun di kolej ja.hahaha ~

Kali ni aku nak bercerita SUASANA MENJELANG RAYA. Sebab aku di kolej, jadi aku nak cerita lah sikit kan bagaimana suasana beraya di kampus ni. Bukan semua orang pernah rasa kan. Jarang2 jak orang macam aku ni rasa beraya di kolej dan jauh dari keluarga. Kalau di kampus ni, x nampak sangat mood raya. Macam mana mau rasa kan kalau orang pun tiada. Kalau sebelum2 ni, ada juga la tuan imam dan bilal menemani aku beraya. Tapi kali ni semuanya tiada..yang tinggal di kampus hanyalah Ustaz Rosmat (Pegawai PI) dan En Amran (Pengurus Asrama). Nasib baik la diorang tak balik, jadi raya nanti boleh la p umah diorang kan. Tak la kelaparan sangat aku di hari raya.hehehe.

Kolej cukup sunyi di kala raya ni. Semua bilik gelap gelita di malam hari. Cuma bilik aku dan beberapa student lain yang kelihatan cerah. Student yang lain bukan tak balik, tapi lambat balik sebab masih ada kelas. Jadi sehari dua ni, ada lagi la orang di kolej tu...walaupun sorang dua.hehe. Beberapa malam sebelum ni, aku stay di umah kawan aku. Tapi semalam aku mula lah nak stay di kolej. Bila aku balik, punyalah sunyi tu kolej. Seminit yang berlalu ibarat satu jam lamanya. Hanya lagu2 raya yang aku pasang di laptop menjadi teman kesunyianku. Mungkin korang kesian kat aku kan?? Biarlah, lagipun aku dah biasa begini. Ini merupakan kali kelima aku beraya di kampus UiTM Sabah. Jadi, dah lali dengan suasana macam ni. Buat je macam hari2 biasa.hehehe...

Semalam pula bila aku semayang terawih, lengang je PI tu. Ketika aku datang, hanya keluarga Ustaz Rosmat yang bersolat. Dah masuk rakaat kelima baru muncul keluarga Ustaz Kamari. Cubalah korang hitung berapa ramai yang ada? Kalau dikira semalam, hanya sekitar 10 orang je yang datang solat terawih di PI. Tu pun nasib baik la ada keluarga Ustaz Rosmat n Ustaz Kamari. Kalau tidak, aku rasa, tinggal dua orang je yang solat terawih.hehehe... Tapi memang begitulah suasana di PI menjelang raya ni. Tunggu la nanti malam raya. Confirm tinggal aku n Ustaz Rosmat je yang bertakbir di sana. Kalau tidak, aku sorang la gamaknya yang bertakbir nanti.haha..

Biarpun sudah tidak ramai student yang tinggal, tapi bunyi mercun tetap kedengaran di UiTM ni. Entah la dari mana bunyi mercun tu. Mesti hantu raya yang main mercun tu kan.hahaha. Tapi biarlah hantu raya tu main, tiada juga sudah orang kisah. Encik Ardey pun dah tak kejar korang lagi.hahaha. Betul x En Ardey??

Tapi memang terasa juga la beraya jauh dari keluarga ni...sendirian lagi tu. Lagu2 raya pun seakan-akan suruh pulang beraya. Haishh~SEDIH?? Ermm.. macam tak berapa juga la. tapi tetap la terasa di hati bila dengar lagu2 raya yang touching2 tu... Bagi yang pulang tu, skali lagi aku nak ucapkan 'Selamat Pulang BERAYA'



Dah la k cerita...aku mau undur diri seketika. Bila kita berjumpa nanti, akan aku ceritakan pengalaman hari raya dalam hidupku.

INDAHNYA BERAYA DI DESA ~ ~ 

0 comments: