Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wednesday, September 8, 2010



Sebelum aku mulakan entry aku kali ni, aku ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada keluarga, rakan2 dan sahabat2, cikgu2 aku dan semua la yang mengenali insan bernama Ahmad Ghazali Ismail ini...x lupa juga kepada musuh2 aku di luar sana.hehehe. Ok la...memandangkan esok dah raya, jadi kali ni aku nak cerita pengalaman aku beraya selama aku hidup. Mungkin ada yang terkena di hati... lantak korang la.hahaha.. ~

Raya aku setiap tahun sama ja lebih kurang. Dulu time kecik2, biasa la ragam budak2 beraya. P rumah ke rumah beraya. Tapi aku ni x la seperti budak2 lain sebab aku ni x suka sangat beraya ke rumah orang yang aku tak kenal. Bikin malu jak.hehe.. Rutin hari raya aku lebih kurang jak setiap tahun selama beraya di Kelantan. Pagi2 raya aku sekeluarga akan p semayang raya di surau dekat umah aku tu. Selepas tu bermaaf-maafan dengan ibu bapak. N then bru teruskan p beraya di rumah jiran2. Memang dah menjadi tradisi pla orang kita ni menziarahi kubur...x terkecuali bagi aku. Aku pun p ziarah kubuir juga... Setiap kali raya kedua, kami sekeluarga akan ke kampung mak aku di dekat Rantau Panjang sebab di sana la bersemadinya jasad atuk dan nenek aku. Lepas balik dari kubur, baru la kami menziarahi sanak saudara. Itulah jadual kami sekeluarga hari rayua pertama dan kedua setiap tahun.

Apa yang best sangat di hari raya ni? Juadah raya atau duit raya? Aku x kesah sangat pasal duit raya sebab aku taw yang aku xkan dapat banyak sangat duit raya. Kalau ad pun , cuma dari keluarga sendiri je. So, untuk raya ni, aku lebih teruja dengan juadah raya. Macam2 ada terhidang di hari raya. Tak kira la di rumah sendiri, rumah jiran, rumah saudara, mahupun rumah kawan2. Setiap rumah yang dilawat pasti akan dijamu dengan pelbagai hidangan. Aku paling suka nasi himpit, satay n kuah kacang. Biarpun xdak spesel sangat, tapi di hari raya, ia sangat menjadi istimewa. Kalau sebut pasal kuih, aku paling suka 'almond london' dan kuih makmur. Kalau ada yang sudi, buat la untuk aku.hehehe..

Camna raya korang? Apa peristiwa menarik time2 raya bagi korang? Kalau tanya aku, memang banyak cerita di hari raya ni. Macam2 yang terjadi sepanjang raya aku baik di Kelantan mahupun di Sabah. Kalau beraya di Kelantan, perkara wajib aku dan kawan2 akan buat adalah beraya di rumah cikgu2 sekolah rendah kami dulu. Memang semangat kami, pasti terselit satu hari di mana kami akan menjelajah ke rumah2 cikgu di hari raya. Sebelum tahu naik motor, kami sama2 akan naik basikal ramai2 (x la ramai sangat..6, 7 org ja.hehe). Satu persatu rumah yang kami lawat. Bukan dekat, ad juga perjalanan selama 30 minit. Kalau naik kereta memang dekat, tapi sebab naik basikal ni..penat la sikit.haha. Walaupun penat, kami tetap mengayuh menuju destinasi. Itu dulu la.. Lepas tu kami transformasi menziarah guna motosikal dan kini, kereta la pula jadi kenderaan kami menziarahi cikgu2... Walaupun sekadar sekejap ja menziarah..tapi kami tahu, bagi cikgu, kehadiran kami amat bermakna. Ini sebagai tanda ingatan kami kepada cikgu2 kami. kami tak pernah lupa jasa cikgu2 kami. Tapi sekarang, sejak dua menjak di Sabah ni, aku tak lagi berpeluang beraya ke rumah cikgu2.. Mungkin raya akan datang, kami akan kembali menggegar rumah cikgu di hari raya. TUNGGU LA KEDATANGAN KAMI CIKGU..hehehe~

Ada lagi peristiwa menarik bagi aku. Korang ingat lagi entry aku sebelum ni...aku ada cerita yang selama sebulan puasa aku hanya di rumah kawan aku. Ingat ek?? Tidak? Suka ati korang la. Aku nak cakap yang ia x terhenti di situ. Bukan je puasa, raya pun aku di sana. Kenapa? Begini ceritanya. Keluarga kawan aku sorang ni bisness satay. So, time2 raya ni permintaan satay tu meningkat. Jadi aku dan beberapa orang lagi yang tolong cucuk n bakar satay tu. Kami mula bakar satay sehari sebelum raya, kerana terlampau banyak (puluh2 ribu juga la), terpaksa la kami bakar sehingga la di pagi raya. Orang selesai semayang raya, baru la kami selesai.. Maknanya aku tak semayang la kan.hehehe. Memang penat. Natijahnya, balik je rumah, terus aku tidur, dekat maghrib baru aku tersedar. Punya lama aku tidur. Saudara aku datang pun aku tak sedar.hahahaha.

 Dalam kegembiraan menyambut raya, ada juga peristiwa sedih aku di hari raya. Peristiwa ni berlaku pada tahun 2002. Raya kali tu adalah raya yang paling menyedihkan bagi keluarga kami. Mengapa? Sebab di malam raya tu, keluarga kami terima panggilan telefon yang mengatakan sepupu aku accident dan meninggal dunia dalam perjalanan ke rumah kami. Waktu tu, kami tidak tahu yang dia akan datang. Surprise la dia mau bagi. Sekali memang benar surprise kami terima... Dia accident di Pahang. Dia bukan berseorangan ketika kejadian. Ada juga 5 orang anaknya dalam kereta yang dipandunya tu. Tapi nasib baik la yang lain tu selamat...cuma dia seorang yang . .. ... Kerana kejadian itu, secara automatis anak2nya menjadi yatim piatu sebab setahun sebelum tu, suaminya telah dijemput Ilahi. Bila terima berita tu, kami sedar yang tiada raya bagi kami untuk tahun itu. Ayah n ibu aku ke sana untuk mengambil jenazah. Sekitar jam 7 pagi, tiba la van yang membawa jenazah ke rumah kami. Aku tak tahu nak cakap apa. Mereka yang datang beraya di rumah aku bertukar menjadi melawat jenazah. Memang suasana ketika tu hiba sangat. mana tidaknya... di saat orang lain gembira beraya...kami menghadap jasad kaku saudara sendiri. Tapi itu semua takdir dari DIA.. Aku terima sebagai ketentuan ILAHI... Memang raya kali tu, ramai sanak saudara berada di rumah aku tu.... Itulah yang berlaku ~

 Sekadar gambar hiasan

Tahun ini adalah tahun  kelima aku beraya di kampus. Aku sudah biasa. Cuma kali ni, tiada lagi kawan2 yang menemaniku. Kali ni aku sendiri beraya.hehehe. Jadual kali ni mungkin tetap sama... Semayang raya, jamuan raya dan melawat rumah2 staf .... Yang selebihnya, biar la aku pikir apa lagi mahu dilakukan. Aku tak sedih beraya sendiri dan jauh dari keluarga, cuma aku kesal kerana tidak berkesempatan melakukan apa aku dan kawan2 lakukan sebelum ni. Lagipun lama sudah aku tidak menziarahi kubur di kampung. Mungkin next raya...akan ada sinar baru... AMIN~

Di sini aku ingin memohon sejuta kemaafan daripada semua yang pernah aku salah tersilap sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Raikan lah Aidilfitri ini dengan keikhlasan dan kesederhanaan. Salam sayang dari aku.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI . . . MAAF ZAHIR & BATIN  

0 comments: