Aku di 1 Syawal

Friday, September 10, 2010

1 Syawal dah berlalu. Rupanya baru sehari Aidilfitri berlalu. Tapi bagi aku macam dah 1 minggu ia berlalu.hahaha. Tak sedar yang baru semalam aku solat sunat Aidilfitri. Hari pertama raya tahun ni bagi aku macam biasa2 ja. Ingat lagi, pada malam raya, aku bertakbir sorang2 di Pusat Islam UiTM Sabah ni. Kerana kesunyian di kolej, aku ambil keputusan untuk stay di PI pada malam tersebut sambil layan drama Jepun.hehe (bagi hilang seram) . . .

Pagi2 raya semalam....lepas ja selesai solat Subuh, aku terus gerak balik ke kolej untuk bersiap sembahyang raya pula. Walaupun aku tidak pulang beraya, aku tetap ada baju raya yang dikirim dari Kelantan.hehe.

Ni la baju raya aku..warna purple.hehehe ~


Then, lepas bersiap berpakaian baru, aku gerak ke PI. Time aku sampai, belum ada sorang pun yang datang. Mungkin terlalu awal aku p sana. Semangat raya kan...hehehe. Tapi lepas sejam aku tunggu, masih tiada orang. jam dah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Terdertik pula di fikiran aku... "Ada ka xdak sembahyang raya ni?". Mana la tau kan ... Maklum la semua student dah balik kampung. Lepas tu nasib baik la ada orang mula datang. Lebih kurang jam 8 pagi, kami menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Ustaz Rosmat. Ramai juga la yang datang...ada la dalam dua saf gitu makmum. Yang meramaikan pun hanyalah keluarga staf. Kalau dikira student, macam aku sorang je yang ada.

Lepas sembahyang tu, ada la sedikit jamuan raya di PI tu. Menunya pelbagai...ada nasi himpit, nasi hujan panas, laksa dan macam2 lagi la. Thankz to all staf yang membawa juadah pagi tu. Dapat juga la aku merasa dan mengisi perut aku. Abis je jamuan... aku pun balik ke kolej. Sementara menunggu nak solat Jumaat pula, aku rehat la kejap. Ingatkan kejap, rupanya jam 3 petang baru aku bangun. Terlepas la pula solat Jumaat hari tu. Maklum la, semalaman aku tak tidur akibat leka melayan drama Jepun.hehehe.

Bila bangun tu, mulalah terasa lapar. Jadi aku keluar la m,encari makanan. Malangnya semua kedai tutup. Yang buka hanyalah KFC. So, daripada lapar, belilah aku Colonel Rice Chicken untuk santapan petang dan malam sekaligus. Sebenarnya aku bercadang nak beraya di ruamh staf lepas solat Jumaat tu...tapi sebab bangun lambat, dan kebetulan hari mau hujan, tak jadi la p beraya. KFC jugalah jadi menu hari raya aku kali ni. Nasib aku la kan.... Siapa suruh tak balik kampung.


Ingat malam baru p beraya...tapi hujan pula turun dengan lebatnya. So, di UiTM je la aku stay. Mula2 tu ingat nak stay di PI je..tapi sebab banyak nyamuk...aku balik la tidur di hostel yang sunyi geler tu. Yang kedengaran hanya la lagu raya yang aku pasang kuat2.hehehe ~ Begitulah perjalanan 1 Syawal aku yang tanpa pengisian bermakna. Tapi memang sudah ku duga ia akan berlaku begini. Hari ni tak taw la macam mana. Cadang mau p beraya sebab teringin mau makan lemang dan ketupat bersama kuah kacang. ~

0 comments: