Seribu satu kisah berpuasa

Friday, August 13, 2010

Ketika aku menulis entry kali ni, jam menunjukkan pukul 3.41 pagi.. Malam ni aku tak tidur sebab esok xda kelas.hehehe. So, sementara menanti sahur, aku tengok la movie and di kesempatan ni jugak aku nak coretkan sikit kisah aku di bulan Ramadhan. Korang nak dengar ke xdak..lantak korang la ~

Aku mula berpuasa ketika aku kenal dunia...bila tu? Entah la, aku pun xtaw.hehe. Dulu2 punya puasa macam biasa la, mana ada penuh. Maklum la kan, kecik lagi. Tengok orang puasa, kita pun gatal nak puasa gak. Tapi aku dulu, semangat betul kalau time puasa. Masakan tidak, kalau puasa dapat duit raya.hehe.. Tu yang semangat sikit tu. Kalau dingat balik kan, memang banyak kenangan aku puasa. Tapi cuma sikit yang aku dapat ingat (tua sudah bha).haha...

Aku masih ingat, ada satu hari tu, time aku darjah 2 kalau tak silap.... aku memang puasa la. Sehingga la pada waktu petang tu, aku ikut la family aku p bazar ramadhan. Beli la kami macam juadah untuk berbuka. DAN ketika on the way ke kereta, aku singgah la beli air. Selepas tu, dengan selambanya aku minum air yang aku beli tadi. Then bila sampai di kereta, kakak aku tanya la, " Kau tak puasa ke?"...dengan pantas, aku segera teringat yang aku sedang berpuasa. Orang cakap kalau tak sengaja, xpe la kan. Tapi oleh sebab aku ni ego, xnak mengaku yang aku terlupa, dengan yakin aku jawab, "TIDAK"... Sia2 je puasa aku hari tu. Padahal tinggal 2 jam lagi mau berbuka. Kalau difikir balik, apa la salahnya aku cakap yang aku terlupa. Bangang betul aku ni. Aduiii.....

Ada satu lagi cerita tapi bukan pasal aku, ini pasal abang aku. Ceritanya bermula bila adik2 aku yang masih kecil membeli coklat. Diorang bawa balik la p rumah kan. Sebab diorang masih kecil, jadi diorang ni mana la puasa. So, waktu diorang makan d rumah tu, abang aku dengan selamba p ambil coklat tu dan terus makan tanpa sepatah kata. Aku dan bapak aku tercengang. Abang aku lantas menawarkan coklat itu kepadaku dan ayahku. Lalu ayahku berkata, "Woi, puasa!!!" Terkejut abang aku dan baru dia sedar yang hari tu puasa. Cepat2 dia buang balik coklat dalam mulut walaupun dah banyak yang masuk ke perut. Kira rezeki dia la kan. Kami hanya mampu ketawa time tu. Sekarang pun masih ketawa bila dicerita kembali.hahaha.

Ramadhan yang lain2 daripada yang lain bagi aku adalah ketika aku SPM iaitu tahun 2004. Ia lain sebab sepanjang Ramadhan tu, aku tak pernah bersahur dan berbuka di rumah sendiri. Apa maknanya tu? Memang time tu aku tinggal di rumah, tapi time berbuka, aku akan ke rumah kawan aku (dekat2 situ jugak) dan akan stay sana sampai la pagi esok. jadi maknanya aku bersahur pun di sana la. Aku akan balik rumah dalam jam 9 pagi gitu untuk mandi dan tidur kalau ngantuk. tapi lepas tu, aku keluar balik p rumah kawan aku. Bukan buat apa pun, just p lepak2. Family aku pun x kesah sebab rumah kawan aku tu pun dekat jak. Tapi bagi orang lain, mesti rasa pelik kenapa aku p makan di rumah orang. Macam tiada rumah sendiri.... jawapan aku ringkas je. Suka hati aku la ~hahahaha . . .

Ada juga kenangan yang x best time puasa ni. Kejadian ni berlaku di rumah ketika aku darjah 6 kalau x silap.  Waktu tu adalah waktu berbuka. Parents aku tiada di rumah time tu. Aku ni asyik bad mood je dulu. Nak dijadikan cerita, waktu berbuka hari tu, aku bergaduh ngan abang aku. Entah macam mana, tiba2 kerusi yang aku gunakan dalam pergaduhan tu telah membuatkan tangan abangku tersepit kat kerusi tu. Abis aku kena marah , lalu aku merajuk... Time merajuk tu, aku bawa makanan dan berbuka di dalam bilik sorang2.hehehe. Aku berkurung la dalam bilik tu sampailah Isyak. Lepas tu laju2 aku p surau. Takut kena belasah.hahaha... ~

Bila tiba je bulan Ramadhan, kawasan perumahan kami tu mesti buat majlis berbuka puasa ramai2. Satu kampung gitu..ala2 1Malaysia gak la.hehehe.  Yang paling best adalah bila menyiapkan makanan untuk berbuka. Sungguh meriah, lagi2 di rumah aku, sebab diorang selalu masak kat umah aku tu. So, meriah la kan bila tengaok orang gotong-royong memasak ni. Aku pun ada tolong gak...tolong tengok.hehehe. Mana ada tolong tengok je, aku ada jugak tolong2 siapkan tempat berbuka kat surau. Aku dulu rajin p tolong2 kat surau tu..tolong kemas2, cuci piring n lain2 (makanya dipaksa oleh ayah aku.hehehe.). Tapi memang betul la aku ada menolong time tu. Betul bha, aku tak tipu.hahaha~ Setiap tahun mesti ada majlis berbuka cuma kebelakangan ni aku tak dapat turut serta sebab berada jauuuuhhh di Sabah ni..

Bulan Ramadhan sangat best, lagi2 di Kelantan. Kenapa? Sebab di Kelantan ni ada banyak jenis makanan yang jarang terdapat di bulan2 lain. So, Ramadhan memang aku tunggu sebab aku dapat makan kuih kegemaran aku...iaitu AKOK!!! Walaupun ada juga la kadang2 dijual di bulan2 lain, tapi time Ramadhan, AKOK ni special sikit. Nikmat sedap tu pun lain macam la jugak sikit. Mesti ramai kan yang tak pernah makan kuih Akok? Bha nanti kalau datang berpuasa di Kelantan, cubalah rasa. Aku gerenti korang akan tiap2 tahun datang berpuasa di Kelantan.hahaha...

DAN kini Ramadhan, aku sendirian di Sabah tanpa keluarga dan kawan2 sekolah dulu. Lain rasanya tau. Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun aku berpuasa di bumi orang. Kerna sudah 5 tahun, aku dah lali dan biasa sudah berpuasa dalam suasana di sini.Walaupun x sama, bila diingat balik yang ini mungkin Ramadhan terakhir aku di Sabah, hati aku sayu jer~ Erm ~ Ok laa..sampai sini je la tulisan aku kali ni. Maw nangis sudah ni.hehehe. Tunggu nanti tulisan aku untuk raya. Kalau korang nak tahu kisah raya aku termasuk kisah bagaimana takbir raya diratapi dengan berita kematian.... TUNGGUUUU!!!~

0 comments: