Go For Your Dream

Sunday, August 15, 2010

Buat sementara waktu ni, tiada cerita menarik yang dapat aku nukilkan untuk korang baca. So, kali  ni aku cuma mahu kongsikan tentang satu drama. Drama Jepun 10 episod ni sempat aku habiskan dalam masa sehari. Ni la kerja aku time hujung minggu bila malas buat assignment.hehehe. Tajuk drama ni ialah 'GACHI BAKA' - entah la apa maksudnya dalam bahasa melayu. Yang aku tau, BAKA tu maksudnya BODOH. GACHI tu aku xtaw.



'GACHI BAKA' adalah drama mengenai sekumpulan pelajar di sebuah sekolah tinggi Jepun yang dianggap BODOH dan 'troublemaker' oleh guru2nya. Nak dijadikan cerita, seorang bekas peninju profesional ditugaskan untuk menjadi guru kelas diorang ni. DAN selama 10 episod drama ni, ceritanya berkisar bagaimana guru tersebut mengubah pelajarnya menjadi 'seseorang' dalam masyarakat. Best juga la drama ni. kalau x best, aku tak la buang masa nak tulis pasal drama ni kan.hahaha. Walaupun just drama, tapi ia sarat dengan mesej. Mesej UTAMA drama ni ialah 'Go For Your Dream...whatever it takes'.

Kadang2, drama macam ni banyak bagi kita motivasi kalau kita selami mesej yang ingin disampaikan. Ni tidak, budak2 sekarang bila tengok filem or drama, mesti pelakon yang dipandangnya...bukan nilai lakonan diambil kira. Betul tak? Fikir-fikirkan apa yang aku cakap dan apa yang drama tu cakap.~ Sekian. Jumpa lagi ~

0 comments: