Berakhir Kehidupan di Klaster B

Monday, August 9, 2010

Ura-ura yang mengatakan kolej baru akan dibuka dan semua pelajar lelaki akan berpindah telah lama berdendang sedari awal semester lagi. Kini, ura-ura tersebut dilihat akan menjadi kenyataan tidak lama lagi...apatah lagi dengan pengumuman yang dilakukan oleh Pengarah Kampus sendiri di satu majlis rasmi baru2 ni. Dan baru je semalam, aku dikhabarkan pula bahawa Khamis ini adalah harinya..HARI PERPINDAHAN. Biar apa dan bilapun ia bakal jadi kenyataan, aku sedar yang sooner or later...in this sem.. kolej baru akan dibuka. So, aku mengambil peluang ini untuk menulis pengalaman aku sepanjang 5 tahun mendiami kolej Klaster B ni.

KLASTER B.... Knapa namanya Klaster B?..macam tidak gah kan. UiTM lain sibuk2 bagi nama yang hebat2 untuk kolej diorang, tapi di sini kita hanya menggunakan istilah KLASTER B. Buat yang tidak tahu, sebenarnya istilah KLASTER A atau B digunakan oleh kontraktor semasa pembinaannya dulu. Tapi, istilah itu pula telah digunapakai oleh pelajar dan kakitangan di sini sehingga istilah KLASTER A dan B tu sebati dalam fikiran penghuni kolej ini. Entah bila la nak tukar nama tu.

Sewaktu aku mula2 mula memasuki kolej KLASTER B ni, aku diberitahu yang kami adalah batch ke-2 yang menggunakan kolej ni. So, barang2 dalam bilik masih lagi nampak baru dan masih lagi okey. Bilik pertama yang aku diami adalah bilik B3522...tingkat paling atas. Penat juga la naik tangga tu. Tapi apa boleh buat, freshie lg kan time tu. So, terima je la bilik yang diberi. Ketika Part 1 tu, aku tiggal sebilik dengan orang Penampang, Tawau dan Negeri 9. (Lupa sudah aku nama diurang.hehehe). Dalam 2 3 minggu pertama tu, bilik kami tu selalu dikunjungi oleh senior2. xtau la kenapa asyik datang bilik kami. Tiap2 malam tu mesti ada. Kalau datang melawat bawa buah tangan xpe la...tapi diurang datang untuk meng'induct' or ragging la kata orang tu. Tapi aku tak pernah kena. Rahsianya...adalah tidur awal. Tiap2 malam aku tidur awal...jam 8 malam sudah tidur sebab aku tahu yang diurang akan datang selepas jam 8 malam.hahaha. Tapi aku bukan tidur betul pun, buat2 tidur je. So, roomate aku yang lain la yang selalu kena. Time aku pejam mata tu (berlakon tidur), aku dapat dengar la diurang kena menyanyi, bersajak, bersyair dan macam2 lagi la. Ala2 Malaysian Idol pun ada gak. Aku hanya mampu tersenyum dalam tidur.hahaha ~

Ketika masuk part 2, aku berpindah pula ke bilik B1111 bersama kawan2 aku iaitu, Meor, Pete and Fadzil. Hidup ngan diorang ni memang seronok sebab macam2 hal and peristiwa kami lalui. C Fadzil tu kami panggil saintist sebab suka sangat menkaji. Macam2 serangga ada di bilik kami tu. Pening pula kami.hehehe... Pete pula tak abis2 dengan sot dia.Cakap berapi-api, tapi satu pun tak boleh pakai. Bertekak je kami. Meor pula lagi sandi....dengan lawaknya x abis2. Bikin ceria juga la hidup kami satu sem tu. Aku ingat lagi plan kami time tu. Kami nak hias bilik kami cantik2. Pastu halaman depan tingkap bilik kami tu, kami nak buat taman. Tapi sampai sekarang x jadi2. Sama la juga plan kami nak jogging sama2 setiap pagi. Bila di kc bangun, banyak pula alasan. So, sampai sekarang la x joging2.hahaha.

Part 3 pula aku pindah lagi bilik sebab waktu tu aku dah jadi MPP. Aku pindah p bilik B3303. Aku tinggal bersama kawan MPP aku juga. Nama dia Suhaimi, asal Kelantan tapi menetap di Pahang. Kerna kami satu negeri, so senang la sikit ngam. Bahasa kami pun sama ja. So, senang faham la masing2. Aku ni sot sikit. So, selama tinggal ngan dia, dia pun faham dan pernah juga aku buat2 kerasukan satu malam tu. Dia ni siap kasi sedia tali lagi mau ikat aku. Aku ingat aku je sot, Rupanya dia lagi SOT.hahahaha. Ada satu lagi peristiwa kami. Suhaimi ni suka buka pintu bilik, kata dia supaya masuk angin dalam bilik. Aku pula x suka buka pintu bilik sebab setiap kali orang lalu, mesti pandang ke bilik kami. Macam kurang selesa pula. So, bila dia buka pintu besar2, aku p tutup balik. Aku bagi tahu dia, "Kalau nak buka pintu besar2, baik kita tidur di depan bilik kat luar tu."hehehe. Dia dan aku hanya mampu ketawa.hahahaha.

Aku tinggal di B3303 tu sehingga la aku part 5. Ketika part 6, aku pindah p bilik B3311 pula. Time tu aku tinggal dengan c Jai.(entah apa nama penuh dia). Semester tu paling dramatik. Taw kenapa? Bayangkan la, selama satu semester aku tinggal bersama dia, x sampai 10 patah perkataan kami bercakap.Punya la aneh kami ni. First2 tu, aku saja ja taknak bercakap supaya dia bercakap. Tapi lama2 dah terbiasa pula dan agak kekok pula mahu bercakap. Apatah lagi berbual. Kalau kami jumpa pun cuma angguk kepala ja.hehehe. Dramatik kan kami? Mungkin semester tu aku jarang di bilik, sebab tu la kami jadi begitu. Tambahan pula, semester tu, kebanyakan malam2 aku, aku tidur di Pusat Islam ngan kawan2 yang lain. Tapi sekarang kami okey sudah. Sempat la berbual sebelum dia habis hari tu.hahaha.

Bila menjengah pengajian degree ni, aku ke Shah Alam. namun selepas satu semester, aku kembali semula ko UiTm Sabah dan kembali manghuni Klaster B. Ketika tu aku degree part 4. Aku tinggal di bilik sama iaitu B3311...tapi kali ni bersama Razi...pelajar Sains. Aku kenal dia pun sebab dia adik kawan MPP aku. Dia ni gila2 sikit. Aku pun sukar nak faham. Sampai la sekarang. Cuma semester ni, kami tinggal di bilik B3310 sebab bilik kami yang sebelum ni rosak. So, nak taknak terpaksa la pindah.

Kalau diingat kembali, banyak peristiwa aku di sini dan ia akan menjadi kenangan bilamana aku berpindah ke kolej baru (kalu jadi la...). Kalau diikutkanj hati, aku tidak mahu pindah. Biarlah aku tamat di sini memandangkan ini adalah semester terakhir aku di sini. Tapi kalau sudah dapat arahan, terpaksa la juga akur kan. Semoga memori indah aku di KLASTER B kekal dalam ingatanku. ~

1 comments:

ilham :) said...

huhu touchingnyer :(