Nafsu di Bulan Ramadhan

Monday, August 16, 2010

Hari ni sudah masuk hari ke-7 umat Islam di Malaysia berpuasa. Maknanya, genaplah satu minggu kita dapat melaksanakan Rukun Islam yang ketiga.  Alhamdulillah, syukur kepada Empunya Alam kerna memberikan aku dan kalian kesempatan hidup dan kudrat untuk terus berpuasa. Dan untuk kali ini aku ingin bercerita mengenai 'Nafsu di bulan Ramadhan'...atau supaya korang lebih jelas, aku nak bercerita pasal nafsu bila ada Bazar Ramadhan.

Bila tibanya Ramadhan, tak kira di kampung, desa mahupun bandar, wajib ada bazar ramadhan. Kalau tak percaya, pergilah mana2 tempat atau daerah dalam Malaysia ni, cuba perhati dan bagi tahu aku, di mana tiada bazar Ramadhan? Tapi jangan la salaf tafsir pula...tidak la aku cakap setiap lorong dan penjuru di Malaysia ni ada bazar Ramadhan. Melampau la juga kalau setiap corner korang pergi, ada bazar Ramadhan. Kalau gitu, sape nak membeli kan sebab semua orang dok berjual.hahaha...~ TAPI aku nak cakap di sini, sekurang-kurangnya setiap kampung akan ada bazar ni. Semalam pun aku buat pertama kalinya tahun ini, ada peluang ke bazar Ramadhan di Kuala Menggatal. Tu pun sebab Mr. Kaffali (pemilik Teratak Kaffali) yang bawa. So, merasa juga la aku pergi bazar Ramadhan tahun ni. Dan di kesempatan tu juga la aku sempat memerhati gelagat orang ramai bila di bazar Ramadhan. Dapat juga la idea untuk menulis entry kali ni.

 Sekadar gambar hiasan

Orang cakap, Bazar Ramadhan ni bagus sebab ia merupakan ruang dan peluang rezeki peniaga. Bagus la tu. Yang tak bagusnya, bila ia juga menjadi ruang dan peluang manusia melantak sesuka hati diorang.hehehe... Salah ka apa aku cakap? Orang akan cakap, "Mestilah salah. Kami bukan melantak, kami cuma mengambil peluang ni untuk cuba beraneka makanan". Alasan ~ Tapi memang begitu la ragam ketika di bazar Ramadhan. Aku pun sama gak la. Semua yang kita nampak akan kelihatan sedap. Maklum la kan, puasa...tak makan satu hari. Bila nampak banyak makanan ni, jadi kelabu mata la kadang2 (padahal selalu.hehehe...).

Sebelum ke bazar Ramadhan, ramai yang telah buat perancangan untuk membeli 2 atau 3 sahaja jenis makanan...tapi bila tiba di bazar, MasyaALLAH...semua kita mahu. Last2 skali, bila pulang...terbawa pulang 8 juadah. Ooopss, tak sengaja~ Sampai di rumah baru terfikir camna mau habiskan. Dan akhirnya, tak abis dimakan dan membazir begitu sahaja. Lepas tu baru mau menyesal dan mulalah berkata...'Kalaulah aku tak beli.......'. Ermm... Usahlah diratapi yang sudah berlalu.hahaha. Inilah dipanggil NAFSU~ Boleh kalau kita nak beli banyak2, cuma jangan sampai membazir la kan.

 Sekadar gambar hiasan

Aku cerita ni sekadar nak ingatkan diri aku, sebab aku pun tergolong dalam golongan ni kadang2.hahaha... Cuma sejak2 berpuasa tempat orang ni, kurang sudah aku begitu.. Kurang? Means masih ada lagi la sifat2 tu.hehehe. Aku pun manusia, lebih2 lagi rakyat Malaysia. Dah memang sinonim cerita yang aku sebut di atas dengan masyarakat Malaysia. Betul tak? Sama2 la kita beringat, sebab tujuan ALLAH suruh kita berpuasa ni adalah supaya kita menginsafi dan meletakkan diri kita sepertimana mereka yang daif dan miskin, terutamanya masyarakat Islam di negara2 seperti Palestin, Iraq dan Afrika. Tiada guna la kita berlapar tapi bila fajar terbenam, nafsu makan kita kembali mengganas. Sentiasa la ingat firman ALLAH:


إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]

0 comments: