Alasan

Thursday, August 19, 2010

Kali ni aku tergerak untuk menulis mengenai sesuatu yang sinonim dengan manusia... iaitu ALASAN. Mengapa aku cakap sinonim dengan manusia? Cuba korang perhatikan manusia di sekeliling korang. Adakah manusia yang tidak pernah mencipta alasan? Mungkin ada, tapi agak mustahil mencari manusia sebegitu. Malahan tidak keterlauan untuk aku katakan yang manusia ini adalah hidupan yang hidup dengan alasan. Aku juga begitu. Mungkin akan ada yang beranggapan yang mereka bukan mencipta alasan, tapi mencipta tujuan. Ah, itu juga alasan ~ So, entry kali ni, aku mahu berkongsi alasan yang dicipta oleh mereka di sekeliling aku terutamanya oleh teman2ku di UiTM Sabah. Cuba perhatikan, mungkin ini adalah ALASAN yang menghiasi hidup anda.

Bila diminta datang perjumpaan atau meeting, mereka akan berkata "Aku ada assignment yang perlu disiapkan". Orang lain juga ada assignment, tapi mengapa mereka dapat datang? Korang hanya menggunakan assignment sebagai alasan.

Bila ditanya oleh lecturer, "Mengapa anda lewat ke kelas?" Jawapan mereka, "Bas lambat". Classmate anda juga datang menggunakan bas, tapi mengapa mereka boleh datang awal? Bas pula dijadikan alasan oleh anda untuk lewat ke kelas.

Bila anda diminta menjadi ketua sesuatu organisasi atau program, anda akan menolaknya dengan berkata, "Aku tidak layak, berilah kepada orang yang lebih layak". Manusia memang dilahirkan sebagai pemimpin sama ada secara semulajadi ataupun perlu digilap. Anda hanya menggunakan kelayakan sebagai alasan untuk lari daripada tanggungjawab.

Bila diarah menyiapkan assignment, anda pula berkata, "Aku tidak faham bagaimana menyelesaikan". Orang lain juga belajar dan menuntut dari guru yang sama. Mengapa mereka dapat menyiapkannya? Ini adalah kerna anda yang mencipta alasan untuk malas membuat assignment.


Bila disuruh hantar assigment, anda menjawab, "Masa terlalu suntuk dan aku terlalu busy". Siapa suruh anda busy? Itu bukan tiket untuk tidak menghantar assignment. Orang lain juga mempunyai urusan masing2. Ternyata masa itu adalah alasan yang anda sendiri cipta.

Bila disuruh bayar yuran atau seumpama dengannya, anda lantas berkata, "Aku tiada duit" Mengapa rakan anda yang miskin pun dapat bayar? Jangan jadikan itu alasan untuk mengelak daripada membayar.

Bila sang perokok ditanya sebab mereka merokok, jawapannya "Ia untuk release tension". Oi, banyak lagi cara boleh kita buat untuk hilangkan tekanan. Tekanan itu sebenarnya hanya ciptaan anda sebagai alasan untuk anda merokok dan merosakkan diri sendiri. Bukankah itu alasan BODOH?

Yang aku nyatakan di atas hanyalah sebahagian daripada alasan. banyak lagi ALASAN yang sering aku dengar.....hingga tak termampu aku menulis semuanya. Tapi aku rasa, korang pun sedar dan tahu apa lagi alasan yang sering diberikan kerna anda, even aku pun adalah golongan yang sentiasa mencipta dan memberi ALASAN~ Ingatlah bahawa sesorang itu hanya memerlukan SATU alasan untuk dia gagal. Mengapa kita perlu pilih untuk gagal sedangkan kita mampu berjaya? Caranya MUDAH..... HAPUSKAN ALASAN dalam hidup anda yang bisa menghalang kejayaan anda.

0 comments: