Hari terus berlalu

Thursday, August 5, 2010

Hari terus berlalu. Sekali lagi aku ter'ponteng' kelas gara2 bangun lambat. Tapi hari ni bukan satu, tapi DUA kelas aku terlepas. Erm . . siapa aku nak salahkan? Tiada siapa yang boleh aku salahkan. Diri aku pun x salah.hehehe... Aku dah cuba untuk tidur awal, tapi tetap x dpt lelapkan mata ni awal. Aku dah try set alarm, tapi x berkesan, malah aku x dengar langsung alarm yang berbunyi. Berbunyi ker?? Apa lagi yang boleh aku lakukan? Kalau diikutkan, banyak sudah kelas yang aku x hadir, moga Tuhan lembutkan hati pensyarah2 aku.AMIN~ hehehe..

Hari terus berlalu. Aku sedar masa bagiku kian suntuk untuk aku terus berada di sini dan untuk terus berkhidmat buat UiTM. Walau sesukar manapun aku mencari masa untuk diri sendiri, aku akan pastikan yang aku akan sentiasa ada waktu untuk UiTM. Biarpun hari2 minggu aku sudah full book, aku rela kerna aku milik UiTM dan kerajaan MALAYSIA.

Hari terus berlalu. Assignment aku makin bertambah. Pening juga la nak siapkan, hinggakan aku x tau apa assignment aku. Ya la kan, aku skrg busy buat project paper yang akan di 'present' nanti. Tambah lagi dengan assignment2 subjek lain. Kalau difikirkan, macam mau gila sudah aku. Nasib x gila betul2 ja.hahaha... Kerna terlampau banyak assignment. ad juga yang dah lepas due date pun, tapi aku belum lagi buat.hehehe... So, lepas ni kena la aku berusaha lebih untuk siapkan segala macam assignment yang ada. Doakan aku berjaya.hahaha... Kalah2 mau p berperang ngan tentera Amerika.

Hari terus berlalu. Kesihatan aku makin tidak menentu. Penyakitku terus misteri kerna aku malas jumpa doktor.hehehe. Namun aku tahu ia makin teruk. Aku menderita, tiada siapa yang tahu. Hanya air mata yang bergenang akibat sakit yang tak tertahan. Banyak kali juga la aku terlantar di lantai bilik, tapi nasib baik tiada sesiapa di sana. Aku tidak mahu mereka risau. Bukan perhatian yang ku pinta. Just ruang yang ku pohon. Erm ~ Kadang2 aku berfikir, sampai bila umurku ni mampu bertahan. Terus aku teringat dosa2ku. Andai aku mati hari ini, confirm NERAKA. Mungkin mata2 lain melihat aku ni seorang yang suci, tapi hakikatnya...hanya aku yang tahu. AMPUNILAH DOSA HAMBA-MU INI YA ALLAH.

Hari terus berlalu. Ramai insan yang aku kenal dari dulu hingga kini. Biarpunpun ramai orang asing menjadi teman aku, tak kurang juga ada sahabatku menjadi musuh aku sendiri. Apa salahku? Aku cuba menjadi sahabat yang baik, tapi mungkin aku yang salah cara melayan. Biar la diorang, kerna... ADA AKU KESAH ~ walaupun jauh di sudut hati, aku terkilan dengan sikap mereka.Ada juga yang memilih CINTA dari PERSAHABATAN. Itu hak mereka. Aku cuma seorang SAHABAT.

Hari terus berlalu. DAN ia akan terus berlalu. Benar kata IMAM AL-Ghazali, "perkara yang paling jauh dengan kita adalah MASA LALU" kerana ia tidak akan kembali. Sejarah mungkin berulang tapi tetap tidak akan sama.

HARI TERUS BERLALU ~

0 comments: