Batalkah Puasa?

Monday, August 2, 2010

Bulan Ramadhan kini jaraknya cuma seminggu. Ini bermakna, seluruh umat Islam akan kembali menunaikan Rukun Islam yang ke-3 iaitu BERPUASA. So, sebagai untuk mengingatkan diriku dan sahabat sekalian, aku ingin kongsikan perkara2 yang membatalkan PUASA dan perkara2 yang membatalkan PAHALA puasa yang aku pinjam daripada abidfana.com :

ANTARA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Makan dan minum dengan sengaja.
2. Melakukan persetubuhan.
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit.
4. Kedatangan haid dan nifas.
5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
6. Memasukkan sesuatu menerusi saluran terbuka yang sampai ke perut.
7. Pengsan sepanjang hari membatalkan puasa. Tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa.
8. Gila.



PERKARA YANG MEMBATALKAN PAHALA PUASA
1. Berbohong atau berkata dusta.
2. Membuat sesuatu yang sinonim dengan kejahilan, seperti bercakap tanpa ilmu dan seumpamanya.
3. Bercakap sesuatu yang melucah, mencarut, serangan seksual secara lisan atau ingin menaikkan
     syahwat orang lain.
4. Bercakap sesuatu yang sia-sia, tanpa sebab, dan tidak bermakna.
5. Meninggikan suara ketika bercakap.
6 Bertengkar.



*Untuk keterangan hadith, kunjungi abidfana.com

0 comments: