Aku ke Tawau

Sunday, August 1, 2010

Dalam post sebelum ni yang bertajuk 'Memperkasa Anak Bangsa', aku semangat bercerita yang aku akan menhadiri satu program belia di UMS. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Selesai sahaja aku menulis post tersebut, aku menerima SMS dari seorang rakan yang mengatakan aku perlu join lawatan ke UiTM kampus Tawau untuk bantu urus LDK di sana. Program lawatan ni sebenarnya adalah program Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan PPP yang bermatlamat untuk mengetahui masalah n keadaan di kampus Tawau..(kunun la..). Tapi kenapa aku join? Suka hati aku la. Orang ajak, aku p je la...hehehe. So, kali ni aku mahu kongsi pengalaman aku semasa mengikuti rombongan tersebut. Layanz ~

Pagi harinya kami dikhabarkan bas akan bertolak jam 6.30 pagi. Tapi seperti biasa la, jam 7 pagi juga baru kami gerak. Macam dah menjadi tradisi pula yang bas hanya dapat bergerak selepas setengah or 1 jam daripada waktu yang telah ditetapkan. Salahkan jam sebab terlalu awal bergerak.hahaha.... Baiklah, kita sambung jak cerita k. On da way, xdak banyak sangat tempat yang kami singgah. Yang aku ingat, kami cuma singgah breakfast di KKIP n mencari tandas di Ranau. Tapi apa yang menarik dalam perjalanan kami kali ni berlaku ketika kami singgah makan tengahari di Kinabatangan. Apa yang menarik? Sewaktu kami tiba di kedai yang kami mau makan tu, tuan punya kedai mengajak kami makan. Katanya hari ni FREE. FREE?? Ya FREE... So, aku tanpa segan silu pun duduk la untuk makan.hehehe. Selepas tu, aku terpandang seseorang yang aku macam kenal. Tapi di mana ya? Rupanya dia adalah seorang pelakon. Kalau x salah, namanya Hilmi. Apa yang dia buat di situ? Setelah dirisik, rupanya mereka ada penggambaran telemovie tempatan bersama Abu Bakar Elah (Ampal). Manakala makan FREE tersebut merupakan majlis doa selamat sempena empunya kedai baru balik dari UMRAH (itu la yang diberitahu oleh En Kaffali). Owh begitu rupanya.... Sedap juga la makanan. Macam2 ada, ada udang besar, ada ayam, ada ikan dan ada juga kuih 'cara'. Kenyang betul kami semua. Lebih2 lagi bila dapat makan FREE.hehehe. Apa2 pun terima kasih kepada empunya kedai dan semua yang ada di sana sebab sudi mempelawa kami makan. Sebelum beredar, sempat juga la kami bergambar kenangan bersama empunya kedai.

Selepas itu, kami terus ke Tawau sebab kami sebenarnya sedang mengejar masa memandangkan malam itu ada program bersama JPK UiTM Kampus Tawau. Pendekkan cerita, kami tiba juga di Tawau. Jam ketika kami sampai tu menunjukkan angka 8 malam. Tapi ada berita kurang baik kami dengar. Abang Ijan, iaitu orang bertanggungjawab menjaga kampus di sana memberitahu kami bahawa di kampus Tawau xda air, malah di seluruh Tawau mengalami masalah air. Aduiinaaa... berfikir panjang aku..hahahha. Lantak p la. Selepas jak kami letak barang di bilik M214, aku bersama JPK terus bergegas ke bangunan sebelah (bilik seminar) untuk pertemuan dengan JPK UiTM Tawau. Aku di sana sebagai pemerhati jak la. Ada la beberapa isu yang dibincangkan. Isunya xla banyak sangat tapi majlis tu tetap lama.hahahaha.. Takmau la aku cakap banyak, nanti marah lak orang yang berkenaan.hehehe. Abis je majlis pertemuan tu, aku, En Ardey n En Kaffali menikmati makan malam di Restoran Sri Keningau. Pastu, aku balik bilik untuk tidur. tapi, punya la bising kedai2 di bawah dan bunyi2 kereta yang 'mengaum'. Agak sukar juga la melelapkan mata dengan tenang. Tapi dapat juga la tidur.


JPK UiTM KK-Tawau sedang berdiskusi


Keesokan harinya, awal lagi aku n yang lain2 bangun sebab kami perlu ke bangunan sebelah untuk mandi kerna di sana ja ada air. Jadi kalau awal2, xda la sangat orang melihat kami berjalan membawa tuala.hahaha. Program start jam 8.30 pg. So, sebelum tu, aku sempat la breakfast. Yang lain aku x pasti la diorang breakfast ka xdak. Program jam 8.30 pg tu adalah bersama En Ardey.  Sementara tu, aku bertugas untuk memberi penerangan kepada JPK cara2 untuk melakukan LDK bersama pelajar2. Ada la beberapa benda n games yang aku kongsi supaya diorang boleh isi masa LDK tu. Sepanjang LDK, xda masalah sangat sebab semuanya ok je aku tegok. Berjaya la misi LDK tu rasanya. Sebenarnya aku malas sangat nak menulis pasal program2 di Tawau tu sebab tiada kena mengena ngan aku. Aku tulis ni pun sekadar menghiasi mata2 korg.hahaha.  Jadi stop la ek citer2 pasal program rasmi lawatan..hehehe...

Orait, sekarang aku nak citer pasal apa aku buat semalam di Tawau. Semalam aku jumpa 'kawan tapi mesra' aku di sana. Siapa? Mana boleh bg tau. SECRET ~hehehe. Kerna dia orang Tawau, so aku suruh la dia bawa aku jalan2 di sekitar Tawau. Malam tu kami sempat p umah kawan MPP aku, Fitriyah di Taman Ria 3. Kebetulan dia buat makan2, so aku makan je la di rumah dia. Dapat makan FREE lagi.hahaha.. Lama tak jumpa, banyak la hal kami bualkan. Habis je makan di sana, aku n kawan aku ni p la pula cari minum di...... mna ek? Lupa sda. Tapi dekat2 Hotel Emas la (tempat aku menginap dulu). Lepas tu, kami lepak pla di highway. Kerna semalam adalah malam minggu, maka ramai la  beriadah di sana bersama kereta masing2 yang canggih manggih.. Aku lepak dalam kereta ja. Takut pla aku mau keluar. Maklum la, aku keluar ngan anak dara orang. Kalau jadi apa2, mati aku nanti. hehehe... ~ Sebenarnya kami ada plan lagi, tapi sebab dah mengantuk, kami pulang la. Dalam jam 12 mlm gtu, dia hantar aku balik hostel n dia pun gerak pulang umah dia di Pasir Putih. Aku dengar mggu depan dia dtg KK. So, kami sambung jalan2 di KK je la...hahahaha... ~ Jangan jeles.... Sampai ja di bilik, aku terus tidur.

Bangun pagi2 di hari terakhir memang sejuk giler... Macam malas jak mandi, tapi apa kata orang nanti.hahaha. Kali ni, jam 5.30 pg sudah aku bangun untuk mandi. Kena awal sebab ambil masa untuk mandi, kemas pakaian n kemas bilik lagi. Selesai semua, time to go home. Kami bertolak lebih kurang jam 7.15 pagi. Kami berhenti breakfast di rumah Abu Sopian. Di sana la banyak rahsia yang kami tahu. Itupun setelah diceritakan oleh orang tuanya. Naaa Abu.... abis la ko. Kami ada simpan rahsiamu.hahaha ~ ("ABU: SECRET RECIPE"). Abes makan, kami teruskan perjalanan ke UiTM. Kami sampai di UiTM lebih kurang jam 7.30 malam. Perjalanan kali ni memenatkan dan esok aku ingat mahu bercuti.hehehehe.. ~

2 comments:

Ask said...

Salam.. Aku tampar ko laju2.. ahaha~

Anonymous said...

cantik picx tue . . saya budak precom . . baru jak balik kemarin . . . kita jumpa di UiTM Kay Kay . . .