Memperkasa Anak Bangsa

Thursday, July 29, 2010

Tengah syok2 aku ber'facebook', tiba2 terus hang x dpt buka facebook.Huhfh... Nah sekarang aku kebosanan xtaw nak bt apa. So, drpd bosan doing nothing, baik aku menulis di blog aku ni.

Baru je tadi aku dipanggil ke bilik YDP MPP, Saudara Syafiq...bukan untuk diinduct, malah jauh sekali untuk di'ragging'.hehehe. Tujuan dia panggil aku ke bilik adalah untuk beritahu pasal program yang aku kena hadiri selama 4 hari bermula esok di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sebenarnya aku keberatan nak pergi, sebab...adalah sebabnya tu. TAPI oleh sebab ini program yang HEP minta aku pergi, jadi aku pergi juga la nanti. InsyaALLAH. Aku diberi satu kertas yang depannya tertulis 'FORUM KEBANGSAAN BELIA SABAH'-Masa Depan Generasi Net yang akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah. Actually, lama sudah aku tahu pasal program ni sebab sudah dimaklumkan lebih awal. Isi kertas ini adalah aturcara sepanjang program 4 hari. Banyak juga la acaranya, tapi majoritinya adalah 'talk'. Panel2 yang bakal berucap pun bukan calang2 orangnya. Ada pemimpin belia dan ada juga menteri. Tapi kebanyakannya telah dipotong namanya dan dihantar wakil je. Aku bukan nak ulas panjang2 pasal program ni sebab aku pun belum pergi lagi. Macam mana mau ulas kan? Haiyaaa... Jadi kenapa aku menulis? Suka hati aku la..hahaha..

Sebenarnya apa yang aku berceloteh tu sekadar mukaddimah je sebab kali ni aku nak bercerita pasal program yang aku hadiri pagi tadi. Dan ada sedikit kena mengena dengan program di UMS tu.Program pagi tadi adalah ceramah mengenai Bangsa Melayu. Tajuknya pun "Memperkasa Anak Bangsa". Penceramah pagi tadi datangnya jauh dari Shah Alam dan datang semata-mata mahu menyampaikan mesej kepada kami (anak2 muda bangsa) bahawa pentingnya kita mengetahui dan mempertahankan maruah bangsa kita yakni bangsa Melayu. Kata2 penceramah tersebut membuat aku tersentak. Apa katanya? Katanya: "Mengapa perlu kita meniru gaya Barat di saat Barat sudahpun mula kembali ke norma hidup asal". Apa maksudnya? Ya la kan, sekarang kita dapat lihat anak2 bangsa Melayu kita asyik memuja apa sahaja Barat buat. Tengok diorang lain warna rambutnya (dah rambut diorang memang gitu), kita pun terhegeh-hegeh nak warnakan rambut p colour biru la, hijau la, perang la...macam2 la sekarang warna kita tengok. Sedangkan rakyat Barat berlumba-lumba mahukan rambut hitam ikal mayang seperti kita. Tapi bila ditegur, lagak anak muda bangsa Melayu naik tocang. Katanya, "Ini fesyen, ini rambut aku yang punya, suka hati aku la". Uinaaa, ingat sikit yang apa sahaja kita miliki adalah milik Pencipta kita. Kita cuma jaga jer.... TAPI sampai bila bangsa Melayu kita akan sedar? Aku tinggalkan persoalan itu untuk korang jawab.

Dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke hari ini kita ditindas. Kalau dulu kita dijajah secara fizikal, tapi kini kita dijajah secara mental dan spiritual. Penceramah pagi tadi juga ada menceritakan sedikit kronologi bangsa dan negara kita.Bagaimana dulu tanah ini milik kita, tapi oleh kerna tolak ansur dan budi bahasa kita, kita kongsi tanah milik kita ini. Sampai sekarang kita masih kekal begitu atas konsep 1Malaysia. Kita tidak pernah mempersoalkan atau menafikan hak orang lain...TAPI harus diingat, sampai bila kita dapat bertahan jika bangsa Melayu kita masih alpa? Hari ini, dari kiri dan kanan kita disogok dan diasak oleh pihak luar yang cuba memecahkan kekebalan bangsa Melayu kita. Aku kata dari pihak luar sebab memang itu hakikatnya. Tapi dalam hakikat tersebut, terselit api dalam sekam atau musuh dalam selimut yang aku rasa memang dilatih khas untuk menyerang kita.hehehe.. yang paling sandi ialah musuh itu adalah bangsa Melayu kita. Aduhai malangnya ~ Bah!! Cukup la setakat tu aku ulas pasal perkara ni. Kalau tak, sia2 ja nanti aku masuk penjara di bawah Akta Hasutan 1948.hahaha...

Itulah hakikat sebenar yang jarang orang muda Melayu kita ambil tahu sebab pada mereka, ia tidak penting. TIDAK PENTING!!? Ish Ish Ish. Maka BODOH la orang yang berkata demikian. Kenapa? Lu pikir la sendiri . . . Jadi aku rasa, memang berbaloi la kot kalau aku join program di UMS tu nanti. Mana tau kan kot2 diorang akan bercakap pasal ni.

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA ~

3 comments:

Anonymous said...

It is not mу first timе tο paу a
ѵisіt thіs web ρаge, і am brοωѕіng thiѕ wеb site daіllу аnd get
gοod facts from herе eѵerydау.


Мy websіte ... macbook repair penang

Anonymous said...

І truly lovе your blog.. Exсellent colors & theme.
Did уou make thіѕ web site yourself? Plеaѕe reply baсk aѕ I'm looking to create my very own site and would like to learn where you got this from or just what the theme is called. Thank you!

Look at my website Ipad repair malaysia

Anonymous said...

Magnificent ωebsite. Lοts οf useful information here.
I'm sending it to some buddies ans additionally sharing in delicious. And obviously, thank you in your sweat!

my blog post Blogs.rediff.Com