Cerita Aku 3

Sunday, August 1, 2010

Hari ni aku tidak ke kelas sebab bangun lambat akibat terlampau penat balik dari Tawau. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk menulis sambungan Cerita Aku & Cerita Aku 2 (post aku sebelum ini). Dalam post lalu, aku berjanji yang aku akan menulis tentang bagaimana aku berurusan dan hubungan aku dengan staf2 di UiTM Sabah.

Pada mula2 aku menjadi MPP, aku jarang berurusan dengan staf sebab MALAS nak campur hal2 pentadbiran ni. Bahagian pertama yang aku berurusan sudah semestinya dengan pegawai2 di Pusat Islam sebab tugas2 hakiki aku semasa MPP perlukan lebih banyak interaksi aku dengan diorang. Aku bernasib baik sebab senang ngam dengan staf2 di sana. Kenapa? Satu ja sebabnya...sebabnya aku orang KELANTAN. Ya la.... Imam di sana berasal dari Kelantan dan bilal pula pernah belajar di Kelantan. So, senang la berurusan. Lebih2 lagi kami just bercakap dalam loghat Kelantan jer... Untung juga jadi orang Kelantan ni. Banyak warga kami bertaburan di atas bumi Malaysia ni...jadi senang nak berurusan.hahahaha.. Pusat Islam boleh dikatakan tempat pertama aku mula mendaki kedudukan di Sabah. Orang kenal aku kerna Pusat Islam. Dan sekarang biarpun aku jarang sudah ke sana, namun aku tetap ambil tahu pasal Pusat Islam. Jauh di sudut hati aku, aku ingin kembali bz di sana, TAPI ada sesuatu yang berlaku sehingga aku terpaksa membawa diri. (Apa2 pun Pusat Islam sentiasa di Hatiku).

HEP.... Bagaimana pula dengan HEP? Kalau dulu biarpun di dalam MPP, aku jarang ke sana. Namun di akhir tugas ku sbgai MPP, aku mula mem'busy'kan diri di sana. Segala urusan, rasmi atau tidak, aku lakukan di sana. Dan biarpun aku tiada apa2 urusan, aku tetap ke sana sehinggalah sekarang. HEP menjadi tempat aku lepak sambil membantu staf2 di sana bilamana diperlukan. Di sana lah, aku belajar mengenali staf dan cara terbaik berurusan dengan mereka. Lain orang, lain pengurusan dan caranya. Aku terpaksa belajar mengenali semua yang di sana supaya aku tahu apa yang boleh dan apa yang tidak sepatutnya dilakukan. Senang untuk berurusan di sana jika kita tahu caranya. Banyak la peristiwa dan kenangan aku di HEP. Daripada hal2 biasa, sehinggalah ada suatu ketika aku mengharu birukan HEP....sampaikan mereka yang di HEP menerima akibat oleh perbuatan aku.hahaha... Aku punya pasal, diorang yang kena dengan atasan. SORRY..hehehe.

Depo atau pihak kenderaan. Yang ini senang untuk berurusan, lebih2 lagi jika kita mengenali pemandu2 di sana. Tak semua pemandu sama kepalanya. Lain pemandu, lain gayanya. Lain orang, lain perangainya. Sebab aku banyak terlibat dengan pergerakan pelajar, jadi mudah sikit merisik dan manjalinkan hubungan baik dengan pemandu. Untuk berurusan dengan mudah, fahami mereka. Walaupun sebagai wakil pelajar, jangan luahan pelajar ja didengar. Luahan orang lain, khususnya pemandu juga perlu  diambil berat. Sebab pemandu ni la yang menggerakkan kenderaan tu. Jadi kena tahu la apa dalam fikiran mereka. Memang ada sesetengah pemandu yang agak kasar percakapannya..itu bagi yang tidak kenal... Tapi memang itu cara percakapannya. Dan kalau kita sudah mengenali mereka, kita akan terbiasa dan mungkin boleh bergurau bersama. Mereka semua baik...kalau kita kenal mereka dengan betul. Hampir kesemua pemandu aku kenal kecuali beberapa orang yang baru. Mungkin sebab belum terbiasa. Tapi ada satu peristiwa yang aku tak boleh lupa bersama pemandu2 ni. Pernah satu waktu, aku di'sound' oleh seorang pemandu...di depan2 orang lain. Perit juga la rasanya bila kena sound gtu. Tapi aku kuatkan semangat dan cuba buat macam2 tiada apa2. Sampai sekarang aku masih ingt benda tu dan susah sikit aku nak merapati pemandu tersebut. FOBIA beb..hahahaha..

HEA pula bagaimana aku berurusan? Ramai yang cakap, HEA adalah bahagian yang paling susah untuk didekati. Memang aku akui. Kenapa? Memang susah la sebab kita cuma berurusan dengan mereka di tingkap kaunter. So, xda peluang untuk kita kenali mereka lebih dekat. Staf2 di sana pun agak dingin pada mulanya...tapi suam bila kita kenal. Aku ni jarang berurusan di kaunter. So, apa2 hal aku terus terjah ke dalam untuk berurusan. Mungkin sebab tu la aku berjaya memecah tembok HEA ni. Lagipun ramai staf aku kenal di sana...termasuklah TP HEA (PM Rosdiana). Satu kelebihan HEA ni.... Diurang senang beri kelulusan program selagimana berkaitan pelajaran...berbeza dengan HEP. Sebab tu la sekarang aku mula mendekati HEA sebab HEP susah untuk luluskan program.hehehehe.

Pensyarah di UiTM sabah ni ramai. So, agak mustahil la untuk aku rapat dengan semua pensyarah. Tapi aku tetap cuba berhubung baik dengan mereka. Ada banyak pensyarah yang aku agak rapat. Dah macam Mak Ayah dan kawan2 ja aku anggap pensyarah2 ni. Mereka la yang banyak membantu aku di sini. Aku berterima kasih kepada mereka. Walaupun ada beberapa pensyarah yang agak dingin, tapi secara puratanya pensyarah2 di sini memang baik. Mungkin sebab kampus ni kecil, so senang untuk mengenali mereka lebih dekat. Kenapa aku puji jer?? hahaha...takut nanti jadi macam kes Kurt Hummel pla.hehehehe..

Sebelum aku lupa, mari bercerita pasal unit kolej pula. Mesti ada yang tak sabar nak baca pasal kolej ni.hahahaha. Mana boleh lupakan unit kolej kan, Orait... sebenarnya aku ni xdak rapat sangat dengan unit kolej ni pada mulanya. Sebab dulu kan, aku takut je mau dekat dengan unit kolej ni. Baik Klaster A mahupun B. Tak tau la kenapa. Aku xmau cerita soal di Klaster A. Kali ni cukup la aku cerita pasal bagaimana berurusan di kolej Klaster B memandangkan aku tinggal di sini. Seingat aku, aku mula mendapat tempat di unit kolej ketika aku Diploma Part 6 sebab waktu tu aku n roomate aku tak bercakap sepanjang satu sem. So, ni yang membuatkan unit kolej tertarik. Mungkin kah?hehehe.. Tapi aku betul2 rasa menjadi sebahagian dari unti kolej sebaik sahaja aku kembali dari Shah Alam. Waktu tu aku minta bantuan unit kolej untuk dapatkan hostel. Nasib baik la dia tolong. TQ.hehehe. So, mungkin sebagai membalas jasa, aku dengan senang hati membantu la Unit Kolej bilamana aku free xda kelas. Ingat gitu2 jer, tapi lama kelamaan macam seronok pla.hehehe. Orang x minta tolong pun, aku tetap menyibukkan diri di sana.hahaha. Staf2 di sini memang baik dan....memang baik la. Senang nak berurusan jika kita tahu dan faham prosesnya. Kata2 ku ni bukan la nak mengampu, tapi sekadar kejujuran dalam hati. Chewahh... ~

Banyak lagi la staf2 di bahagian2 dan unit2 yang aku rapat. Kalau mau ditulis semua, boleh jadi buku sudah. Contohnya dengan Keselamatan, Kebudayaan, Kaunseling, UPENA, Kewangan, Library, IlQaM dan lain2. Semuanya ada kisah tersendiri bilamana aku berurusan dengan mereka. Ada baik, ada juga yang kurang baik. Namun itu semua pengalaman yang aku dapat di sini. TAPI kerana pengalaman2 itu, aku memperoleh satu title di UiTM Sabah ni.....iaitu... PEGAWAI KHAS UiTM SABAH... ~

2 comments:

BayuKK said...

Knp jua mau dihiglight tu..hahaha. "Kentara" la bha...:)

Putera AG said...

bukan slalu..hahha