Terima Kasih

Monday, July 26, 2010

YBHG. PROFESOR MADYA  DATUK DR WORRAN HAJI KABUL


Hari ni tersebar la berita perubahan atau transformasi yang sememangnya sudah lama menjadi bualan warga UiTM. So, hari ni rasmi la sudah bahawa UiTM sabah kini memiliki Pengarah kampus yang baharu menggantikan YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Worran Haji Kabul. Individu yang mengambil alih pentadbiran UiTM Sabah juga bukan calang2 orang. Beliau tak lain tak bukan adalah Dr. Haji Abdul Kadir Rosline (Timbalan Pengarah Kampus Penyelidikan & Jaringan Industri UiTM Sabah)> TAHNIAH!!!

So, kali ni aku mau bercerita mengenai YBhg. Datuk sebagai tanda penghargaan aku kepada beliau. Sejak aku masuk ke UiTM Sabah ni, YBhg. Datuk memang sudahpun bergelar Pengarah Kampus UiTM Sabah. Tahun tu 2005, jadi sudah 5 tahun aku mengenali beliau. Dari sebelum bergelar Datuk sehinggalah sekarang bergelar Datuk (anugerah kurniaan TYT Sabah). Walaupun tak lama mengenali beliau, namun beliau cukup dekat di hati setiap warga kampus UiTM Sabah termasuk lah diriku. So, bila tahu yang beliau bukan lagi pengarah kampus, aku rasa terharu dan sedih sebab bukan tidak mahu orang lain menggantikan beliau, tapi sebab aku banyak terhutang budi ngan beliau.

Aku mula mengenali beliau dengan lebih dekat bilamana aku berada di dalam kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Dari situ aku mula mengenali perwatakan dan cara beliau bekerja. Memang cukup senang bekerja dengan beliau jika kita tahu apa kemahuan dan kehendaknya yang sangat mementingkan keterbukaan dan hasil. Beliau tidak mahu dengar maslah semata-mata, tapi beliau juga mahu tahu apa yang perlu dilakukan atau apa jalan penyelesaian yang ada. Itulah cara beliau yang aku kenali. Beliau sangat pentingkan pulangan kepada kampus dan pelajar terutamanya. Beliau lebih bersikap terbuka bilamana berurusan dengan pelajar. bak kata iorang, tak banyak birokrasi. tak macam sesetengan orang yang lain tu. banyak betul peringkat birokrasinya...mengalahkan Perdana Menteri.hahaha...

Aku mengenali YBhg. Datuk dengan lebih rapat lagi apabila isteri tercintanya meninggal dunia. Pemergian arwah adalah seminggu sebelum Ramadhan bermula. Aku ingat lagi situasi pada hari tersebut. Ketika itu aku masih lagi MPP. Aku dapat berita tersebut tatkala Maghrib bertandang. Seseorang menbisikkan kepadaku bahawa isteri Pengarah Kampus meninggal dan aku diminta untuk ke rumah YBhg. Datuk bagi melawat jenazah. Ketika aku sampai, sudah ramai yang berada di sana. Namun kelibat Datuk belum kelihatan. Yang ada cuma saudara terdekat dan dua anak bujangnya. Aku dikhabarkan bahawa Datuk dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Rupanya beliau tiada bersama isterinya di saat2 terakhir arwah isterinya. Aku dapat memahami kesedihan Datuk... Apabila aku sampai, aku terus membaca Al-Quran di samping tetamu2 yang lain termasuk Dato' Hilmi (ex-Timbalan Pengarah Kampus UiTM Sabah). Aku dapat lihat suasana pilu di dalam rumah tersebut. Hampir jam 12 tengah malam, YBhg. Datuk muncul di di rumah bersama anak kembarnya. Sebaik tiba di tempat jenazah arwah isterinya, YBhg. Datuk rebah dan terus menangis bersama anak2 dan saudara mara. Aku di sana hanya dapat menahan sebak menyaksikan peristiwa tersebut di hadapan mata. Hanya Tuhan yang mengetahui isi hatinya. Tak lama kemudian, tetamu beransur pulang. Dan aku diminta terus berada di rumah tersebut sehingga keesokan paginya sambil menghabiskan 30 juz Al-Quran. Di situlah YBhg. Datuk mengenali aku sehingga ke hari ini. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

Sekali lagi aku melihat titisan air mata Datuk mengalir tatkala kami membuat program di Kg. Cocos, Lahad Datu. Rupanya itu kampung beliau dan sudah lama beliau tidak pulang. Mungkin sebab itulah beliau menitiskan air mata ketika membuat ucapan perasmian penutupan program tersebut yang turut mengalirkan air mata warga kampung tersebut. Dan itulah merupakan program OPKIM aku yang terbaik di mana kami diiktiraf sebagai pelaksana program OPKIM terbaik anjuran KEMAS di Sabah. Kampung itu jugalah merupakan kampungku kerna banyak peristiwa aku dan kawan2 di sna yang cukup indah dan menggembirakan. Jika ada peluang, aku ingin kembali ke sana . . . ~

Banyak pengalaman aku bersama YBhg. Datuk. Selain yang aku cerita di atas, beliau juga merupakan individu yang mebawa aku kembali ke UiTM Sabah. Yang ni pun ada kisahnya tersendiri. Sewaktu aku di UiTM Shah Alam, aku ada terjumpa YBhg. Datuk. So, dia tanyalah aku kenapa aku tidak sambung di UiTM Sabah jak memandangkan di Sabah pun ada program Ekonomi. Jadi aku minta la kot2 beliau dapat tolong. Then dia ckp, tiada masalah. Just hantar surat ja. Lagipun, bila beliau dah cakap gitu, aku pun semangat la sebab aku pun terhutang budi ngan beliau dan UiTM Sabah. Walaupun pada mulanya susah mahu lepas dari UiTM Shah Alam, tapi dengan berkat pertolongan beliau, akhirnya aku di sini...di UiTM Sabah

Memang banyak la kalau mau cerita pengalaman aku sepanjang mengenali YBhg. Datuk. tak kurang juga gosip2 di kampus dan buah mulut orang2 mengenai Datuk. Tapi, aku tak ambil pot sangat sebab bagi aku YBhg. datuk seorang yang komited, penyayang dan berdedikasi. Tak kisahlah apa pendapat orang lain mengenai beliau, tapi bagi aku, beliau tetap terbaik. Berakhir tugas beliau sebagai Pengarah kampus UiTM memang bakal meninggalkan kesan yang besar. Impak sepanjang beliau menjawat jawatan Penmgarah kampus cukup besar dan sukar dilupakan.

Buat Pengarah Kampus yang baharu, paculah UiTM Sabah ke arah terbaik kerana itu amanah yang perlukan komitmen menyeluruh.

Buat YBhg. Datuk... TERIMA KASIH kerana memimpin kami ~!!!!!

1 comments:

S.U.A.R.A AKU said...

Sisi cerita mengenai Datuk yang paling hebat pernah kau curahkan.....