Cerita Aku 2

Tuesday, July 27, 2010

Aku nak sambung cerita aku di UiTM Sabah ni (sambungan post cerita aku) . . . Mungkin ramai yang tahu bahawa ketika aku dalam MPP, aku pegang jawatan EXCO PEMBANGUNAN INSAN (urus soal2 agama). Tapi ramai yang tidak tahu bahawa aku ni jahil bab agama. Tapi hanya kerana aku berasal dari Kelantan dan tahu alif ba ta.... aku dipilih untuk menjaga hal ehwal agama. Hurmm..... Kuat sungguh penangan Serambi Mekah.hehe.. Namun, aku tetap cuba yang terbaik dan aku berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Bukan mudah bagiku kerana sifatku bukan ke arah itu. Jadi terpaksa la aku bermain watak sepanjang bergelar MPP. Ramai terpedaya dan ramai juga tertipu. MAAFKAN AKU!!! Pendirianku cuma satu, Jangan samakan PROFESIONALISME dan PERIBADI ~ Munafik? Itu urusanku. Yang penting, orang lain dapat manfaat. TAPI...lama kelamaan, agama itu sebati dengan diriku. Ada yang panggil aku ustaz walaupun aku tidak layak menerimanya.hahaha....

Sebagai EXCO KEROHANIAN, tempatku adalah di Pusat Islam. Di sana aku mula mengenali Imam Puaad & Bilal Yusri. Mereka banyak membantu aku dan banyak rahsia yang kami kongsi bersama. Aku mengenali mereka ketika mereka masih bujang sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga malah telah mempunyai anak.  Mereka jugalah sahabatku sehingga ke hari ini. Mungkin tanpa mereka, aku tidak sampai ke kedudukan aku hari ini. Banyak kenangan kami kerna sepanjang 5 tahun aku di sini, bersama merekalah aku berhari raya. Bertakbir, bakar lemang, masak ketupat . . . itulah kerja kami memandangkan ramai yang pulang beraya. DAN tahun ini mungkin raya aku yang terakhir di Sabah...

Seperti yang aku ungkapkan sebelum ni, bukan seketika waktuku di UiTM Sabah. Namun 5 tahun ku rasakan berlalu dengan cukup pantas. Aku masih ingat masa lalu, bilik kuliah kami semua di Fasa 3. Ketika itu, pelajar Engineering masih di sini. Waktu itu cukup meriah kerana semuanya bertumpu di Fasa 3. Pengalaman kali pertama naik tangga Gajah Menyusur memang penat, tapi sekarang ku rasa macam teda2 bha tu.hahaha. Kali terakhir bangunan di Fasa 3 masih beroperasi adalah ketika aku part 2 dan masuk Part 3, bilik kuliah sudah bertaburan... ada yang belajar di perumahan, di kolej, di kabin, di gelanggang tennis dan tak kurang juga ada yang terpaksa belajar di bawah pokok. Waktu dulu memang mencabar bagi kami setelah bangunan Fasa 3 ditutup akibat diisyhtihar tidak selamat. bayangkanlah betapa susahnya hidup bila jam 8-10, kelas kami di GYM dan selepas itu bergegas pula ke Bukit Perumahan sebelum ke Bukit pentadbiran. Dan waktu petang pula terpaksa mendaki tangga untuk ke kuliah. Penat bukan kepalang tapi kami mampu harunginya. VC pada waktu itupun respect kami sebab kami dikatakan warga UiTM paling berjaya menghadapi krisis. So, pelajar2 sekarang khususnya yang baru, sepatutnya bersyukur kerana korang sudah tidak melalui kesusahan yang kami rasa dahulu. Sebab tu la, aku paling tak suka bila ada pelajar sekarang yang merungut dan mengeluh dengan keadaan UiTM Sabah.

Hurmmm....begitulah hidup kami dulu. Belum campur kisah2 senior aku dulu. Lagi la sandi kehidupan mereka. Semalam ketika di dalam kelas, aku tiba2 sebak bila lecturer sebut tentang YBhg. Prof. Madya Datuk Dr.Worran Haji Kabul. Kerna usaha beliaulah, kita dapat lihat bangunan baru berdiri megah. Macam2 YBhg. Datuk lakukan demi membangunkan UiTM Sabah. Tak kurang yang mnyokong dan tak kurang juga yang menghina beliau dan menuduh beliau manghabiskan duit UiTM. Mungkin mudah bagi mereka berkata demikian kerana mereka tidak tahu cerita di sebalik yang berlaku. Betul jugalah kata seseorang kepadaku. YBhg. Datuk merupakan "Bapa Pembangunan UiTM Sabah". Sebenarnya kisah pertukaran pengarah kampus ada kisah yang tidak ketahui oleh ramai orang. Tapi aku tahu dan cukuplah sekadar ia menjadi info buatku dan aku akan biarkan ia menjadi tanda tanya..... Yang mengetahui, diam2 je la... ~

Cukuplah dulu setakat ini perkongsian aku. InsyaALLAH selepas ni aku akan menulis lagi sambungannya. Next episod aku akan bercerita mengenai pengalaman aku berurusan dengan pihak pengurusan dan juga kisah aku bersama staf2 UiTM Sabah. ~ ~

0 comments: