Seribu satu peristiwa

Monday, July 26, 2010

Kali ni cerita aku adalah berkisar megenai program OPKIM yang baru je abis aku n kawan2 laksanakan. OPKIM bagi tak tahu adalah sebuah program keluarga angkat dan kali ini UiTM sabah bekerjasama dengan Jabatan Belia & Sukan Sabah dalam penganjuran. Kampung yang dipilih kali ini adalah Kg Murni di Pekan Nabawan . . iaitu dalam daerah Pensiangan. Banyak peristiwa berlaku dan banayk juga pengalaman yang aku dapat. Hurm ~ Bacalah lagi kalau mahu tau apa yang berlaku . . .

Program ni adalah di bawah kelolaan Unit Kaunseling, jadi peserta2 yang join ni pun kebanyakannya adalah ahli Kelab Badan Kaunselor. Tapi oleh kerana aku yang diarah mencari peserta, so aku kc masuk la beberapa orang yang bukan ahli PEERs. Biar nampak meriah gitu.hahaha... Bukan senang mencari peserta. Mula2 tu tak cukup korum, tapi lepas tu terlebih korum pula. Bingung aku mau kc cut nama peserta. Ni la kalau ada yang lambat2 bagi nama. Aku pula yang pening kepala. Nasib baik la Charlotte tolong2 cari orang. Jadi tidak la aku sorang yang pening. Adalah kawan pening aku...hahahaha . . .

Tapi kan, OPKIM kali ni paling mencabar sebab lepas satu, satu masalah timbul. Habis bab mencari peserta, masalah bas pula. Pihak UiTM x dapat sediakan bas walhal keesokannya tu mau jalan sudah p Nabawan. Bagai nak gila bila dengar xda bas. Ada juga niat mahu dibatalkan, tapi apa pula kata orang kampung nanti. Nak taknak terpaksa la sewa bas luar guna duit sendiri (bukan duit aku la). yang penting ada bas. Settle kes xda bas, tapi on d way, bas pula buat hal. Bas rosak di tengah jalan dan kami terpaksa tunggu bas lain. Lama juga la kami tersadai di tepi jalan tu macam pelarian. Macam2 hal.

Tapi bila sampai tu, agak hebatlah rasa bila kami di escort oleh beberapa kapcai ke dewan tempat sambutan perasmian. Sampai2 ja dapat baju Rakan Muda. Yeaayyy!! Bila kami sampai tu, belum ada lagi la orang kampung yang ada. So, tunggu la dulu diorang datang dan VIP lain sampai. Padahal kelaparan sudah kami. Tapi tahan je la. Buat2 muka kenyang.huhu.. Selepas itu adalah pembahagian keluarga angkat. Aku bersama Abu Sopian telah mendapat keluarga angkat baharu iaitu keluarga En Mohammad bin Daklan. Bapak angkat kami memang rock berabis dan adik angkat kami memang nakal berabis.hahaha... Kalau tak percaya, tanya aku and Abu yang menjadi mangsa belasahan kanak2. Sabar je la kan Abu.hahahaha..

Inilah keluarga angkat aku
Sepanjang 4 hari hidup di sana memang penuh dugaan dan cabaran. Bukan hidup x selesa, tapi tekanan dengan perangai kawan2. Jangan marah ya kawan2~ tapi betul la, memang tekanan... Mengurus program yang tiba2 pun xdak setekanan melayan kerenah diorang. Tapi apa boleh buat, sepa suruh aku pilih pemimpin2 pelajar jadi peserta. Semua peserta terbaik aku pilih. Jadi semua pun mau memimpin dan ingin jadi yang terbaik. Bagus la tu kan ~ Nasib baik la keluarga angkat aku tu mantap. Jadi tidak la tekanan sangat. Tekanan makan la kot sebab terlampau banyak makanan mau di kc habis.hahaha..

Banyak lagi peristiwa yang berlaku, kenyakannya tidak berapa menggembirakan. Mungkin bagi yang lain, mereka gembira dan puas. Tapi bagi aku, masih ada banyak kekurangan. tak tahu la sempat atau tidak aku mengikuti OPKIM seterusnya. Atau mungkinkah ini adalah program OPKIM buatku yang terakhir ? ~


Masih banyak yang aku belum ungkapkan ~~~


0 comments: