Cerita Aku

Monday, July 19, 2010

Hari ni aku ter'miss' lagi kelas sebab bangun lambat atau dengan kata lain x sedar masa berlalu.hehehe. Alasan betul. Tapi apa bleh buat kalau memang terbangun jam 9 tatkala kelas bermula jam 8. Alaaa, lagipun bukan selalu, banyak kali jak. AHAKZ ~ Aku bukan nak ceta pasal aku bangun lambat tapi aku mau cerita tentang apa yang dalam fikiran aku sekarang ni. Ada kelebihan juga bila ter'miss' kelas ni. Boleh juga aku fikir tentang diri aku ni. Selama ni asyik dok pikir pasal orang ja. Teda hasil ak dpt.huhfh. . . .

Semasa aku bersendirian di bilik yang tercinta ini, apabila melihat sekeliling, tiba2 aku tersentak bila mengingatkan kembali yang ini adalah semester terakhir aku di UiTM Sabah dan negeri Sabah. Lepas ini, tiada lagi alasan aku untuk terus kekal di sini. Bekerja di sini? Ermmm, keluarga aku, aku mau tinggal di mana? Sambung Master di sini? Tiada program yang aku minat di sini. Kawin ngan orang sini? Hahahaha.. Aku hanya mampu ketawa untuk soalan itu. Sebenarnya malas aku mau fikir pasal semua tu. Biar masa menentukan . . . TAPI tetap aku terfikir dan terus berfikir.

Bukan apa la, tapi ibarat sudah sebati pula aku di sini, warga UiTM Sabah ni aku dah anggap macam keluarga aku. Staf2 dah macam ibu bapa aku. Senior di sini dah aku anggap macam abang dan kakak aku. Dan Junior n Freshie, aku anggap diorang macam adik2 aku. Macam2 kerenah dan ragam telah aku saksikan sepanjang 5 tahun di kampus ini. Pelbagai perasaan telah aku alami. Gembira, sedih, marah, semua sudah ku rasa. Diugut, dihina, dikutuk, dipuji dan disanjung juga sudah aku rasa.

Teringat lagi mula2 aku masuk sini, masih kebingungan dan blurr tak taw apa2. Muka pun x hensem seperti sekarang.hahahaha... Kawan2 ku dulu hanyalah classmates dan roomates. Itupun setelah 3 tahun baru aku dapat ingat semua nama classmates aku. Punya la sandi aku ni. Tapi sekarang, hampir seluruh warga kampus, tak kira pelajar, lecturer or staff telah menjadi sahabat dan keluarga aku. Kalau ada yang aku tak kenal tu, maybe diorang datang ke sini ketika aku belajar di Shah Alam.

Daripada menjadi seorang pelajar, pengikut dan sehingga menjadi pemimpin pelajar, banyak perkara yang aku lalui dan tak kurang juga gosip2 kampus yang singgah di telinga aku ni yang mungkin tidak pernah orang lain tahu. Biar aku saja yang simpan rahsia2 tersebut. Dari seorang pendiam sehinggalah menjadi petah berkata-kata (kdg2 tak taw berhenti), semuanya aku belajar di sini. UiTM Sabah melahirkan aku yang baru. Sebab tu la aku sayang UiTM ni dan itulah sebabnya aku kembali dari Shah Alam kerana aku mahu menyumbang apa yang terdaya selagi aku masih berdaya. Mungkin ada yang akan ckp bahawa aku ni ber'trip'. Ermmm, biarla apa orang nak cakap. ADA AKU KESAH? hehehe.

Teringat pula bila 1st time menjadi PM (orang yang urus MMS @ MDS), waktu itu pengambilannya seramai 800 lebih pelajar baru. Memang penat, tapi itulah zaman terhebat pernah aku rasa dan freshie time tu pun cukup hebat. Mana tidaknya, ketika itulah ada PM dihumban dan dicampak oleh freshie dalam satu acara yang kami buat. Aku pun kena beb.hahaha.. Walaupun begitu, tetap keseronokan itu kami rasa. Tanyalah PM2 yang seangkatan ngan aku dulu. Memang best !! As time goes on, aku dapat lihat mereka progress dengan cara mereka. Kalau dulu masih freshie yang blur, tapi sekarang orang yang sama, pada dua bulan lepas telah menggenggam diploma dan ijazah di istiadat konvokesyen UiTM. Aku pun tumpang gembira la sebab aku salah seorang PM mereka. Bangga la konon? Memang aku bangga pun sebab mereka berjaya. Sebab itulah, aku sayang n jaga betul2 pelajar2 baru (selagi diorang x buat hal la). Semua itu adalah pengalaman dan pengalaman itu yang mengajar aku segalanya.

Tak kurang juga pengalaman menghadapi konfrontasi oleh pihak2 yang tidak senang dengan kejayaan kami sebagai Majlis Perwakilan Pelajar pada waktu itu. Tapi ia masih belum cukup melunturkan semangat kami. Kalau difikirkan balik, perkara2 seumpama itu membuatkan kami lebih bersedia dengan apa2 sahaja cabaran dan dugaan. Ada juga la aku di cop sebagai pengkhianat dalam organisasi sebab aku buat beberapa tindakan di luar kawalan. Hahahaha... Tapi tidak la sampai berlarutan. Sekejap ja dah settle. Tak gitu kawan2 MPP ku?hehehe . .

Rasanya dah cukup panjang aku berceloteh. Tapi masih ada yang belum sempurna. So, kita sambung la lagi nanti sebab aku kena ready p kelas ni. Kang nanti ter'miss' kelas lagi..hahahaha...

0 comments: