Bermula kembali

Monday, July 5, 2010

Semester baru telah dibuka, bermakna kitab baru pembelajaran juga turut bermula. Tarikh 5 Julai 2010 menjadi saksi akan bermulanya tempoh pengajian sesi Julai-November 2010 di UiTM keseluruhannya. Bagus la kan bila ramai sudah pelajar yang datang memenuhi segenap ruang kampus UiTM Sabah ni terutamanya di kolej. Tapi yang tak bagusnya bila line internet dah jadi slow. Bikin tension jak. Tapi apa bleh buat, internet ni bukan hak milik aku sorang kan.hahahaha. Janji ada tu internet. Kalau langsung xda, lagi lah gila aku sini.

Kalau sebelum ni, sibuk ngan pelajar baru, sekarang pelajar lama pula buat aku sibuk. mana xdaknya, kena urus pendaftaran koleh diorang lagi. Tapi aku rela. lagipun bukan ada siapa2 paksa aku tolong. Memang kehendak aku mahu membantu unit kolej Cluster B. Itulah juga antara tujuan aku datang balik ke UiTM Sabah ni. Memberi khidmat kepada UiTM Sabah semampu yang boleh. Macam2 kerenah dan perangai yang pelajar yang datang mendaftar. Ada yang merayu, ada yang xnak kolej dan ada juga yang masuk 'check in' bilik walaupun xdak layak. "Paitung" la bha tu . . . Macam2 ada.hehe ~

Waktu kuliah lain pula halnya. Masuk2 je hari pertama, dah kena hantar assignment akhir minggu ni. Macam mau gila aku buat. Bukan alang2 assignment...project paper beb!! Mati la aku mencari tajuk dan buat segalanya. Yang penting, Jumaat ni mesti hantar!!! I can do it!! can ka?? Wallahu'alam ~ Sekarang pun  tengah pening camna mau mula.Ermmm . . . ~

Banyak2 perkara yang memberi tekanan, ada satu yang memberi kegembiraan kepadaku. Apakah itu?? Mesti la pasal PTPTN dah masuk. Yeayy!!! Boleh shopping....(mengalahkan pompuan lak aku ni.hehehe). Banyak barang dalam kepala aku ni mau beli....kasut, jaket, buku, KFC, pizza etc . . . tapi ku kena ingatkan juga diri aku ni supaya jangan terlampau membazir. InsyaALLAH.

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"

                                                                              (Surah al-Isra', ayat 27)

0 comments: