Rasanya dah agak lama aku x update blog aku ni. Maklum la busy ngan Minggu Destini Siswa (MDS) iaitu program orientasi pelajar2 baru UiTM Sabah. Kali ni, buat terakhir kalinya aku menjadi seorang PM memandangkan ini adalah semester terakhir aku di UiTM Sabah sebagai pelajar. Jadi untuk MDS kali ni agak berbeza buat aku. Mesti korang dah tau kan yang MDS adalah hasil dari pertukaran nama dulu iaitu MMS (Minggu Mesra Siswa). Ia bertukar pun sebab VC bertukar.
Pada peringkat awalnya, kami dikhabarkan yang lebih dari 800 orang pelajar baru bakal mendaftar memandangkan UiTM melaksanakan progran khas "Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)" iaitu sebuah program murni yang bertujuan memberi pendidikan tinggi kepada golongan kurang mampu di Malaysia. Namun, pada saat berlangsungnya MDS, hanya sekitar 480 orang sahaja yang mendaftarkan diri. Jauh dari target asal. Salah Siapa? Entah la. Malas aku nak komen ~
Untuk program MDS kali ni, sekali lagi aku bertanggungjawab menjaga kerohanian. Tugas hakiki aku sejak dari dulu lagi. Biarpun aku x sebaik mana, tapi bila dah diberi tugas tu, terpaksa la aku menggalasnya dengan hati terbuka. bak kata orang, 'jangan samakan peribadi dengan profesional'.hehe . . . Mungkin kerna sudah biasa ngan MDS ni, jadi ia berjalan ngan lancar bagi aku sebab ekspektasi aku tinggi, jadi ila masalah remeh temeh berlaku, ibarat tiada apa2 bagi aku.hahaha... Bongkak betul kenyataanku ini. Ada aku kesah?? Mungkin bagi PM lain, agak berat. Entah la....
Biarpun aku hanya jaga kerohanian, aku tak lepaskan peluang untuk brain wash budak2 ni. Bukan mendera tapi lebih kepada psiko.hahahaha. Itulah tugas aku, Farouk n Ijan. Bukan apa, budak2 baru ni kalau dimanjakan sangat, naik kepala la diorang. Lagipun kami bukan dera pun, just cakap2 jak. Tak salah kan?? Kalau salah pun, apa aku peduli!!!!
Untuk MDS kali ni jugak, tak banyak masalah timbul. Tiada masalah yang besar2. So, agak bosan jugak la bila tiada masalah ni. Nak kata MDS kali ni bosan sepenuhnya, tidak la juga. Nak kata best, tidak jugak la. Tak tau apa aku nak cakap pasal MDS kali ni. Yang aku tau, kerja settle. Tapi satu je la...makanan PM x sedap!!!hahaha. Program2 dalam MDS pun agak bosan sebab terlampau banyak ceramah, program ngan PM tu kurang. terpaksa la curi2 masa buat aktiviti PM-Freshie. Tu pun tak banyak yang boleh dilakukan. Tapi boleh la dari tiada kan.
MDS memang memenatkan tapi best bila kita enjoy lakukan. Penat tu belakang cerita sebab buat apa2 pun boleh memenatkan. Makan pun penat kalu x enjoy. Tak gitu? Apa2 pun, sebagai PM terakhir kalinya, MDS kali ni tak seburuk mana. Masih banyak yang boleh dijadikan kenangan dan dibuat pengalaman ~
SELAMAT DATANG BUAT WARGA BARU UiTM SABAH !!!
Disappointed
-
I just wanted you to know that everytime we had an argument, please do not
involve my family members. It shows you do not respect my family and in
that c...
0 comments:
Post a Comment