Mahasiswa Sudah Mati

Tuesday, February 8, 2011

Abraham Lincoln pernah suatu ketika menukilkan,

"Leadership determine the success of nation. There is nothing worse for a country than having leaders lacking integrity and credibility"

Kepimpinan ada di mana-mana sama ada dalam keluarga mahupun di peringkat negara. Kali ini, aku tak ingin menulis pasal pimpinan dalam keluarga kerna aku belum lagi layak dan aku juga bukan ingin mencanang soal kepimpinan negara kerana aku belum sapai ke tahap itu. Tapi di saat ini, aku sudah mampu berbicara soal kepimpinan mahasiswa kerana aku sudah melepasi, malah pernah merasainya sendiri. Bagus juga la kita bercakap pasal benda ni memandangkan kebanyakan kepimpinan mahasiswa musim lalu sudahpun pencen dan 'dipaksa' meletakkan jawatan.

Dipaksa ataupun terpaksa, mereka telahpun dibubarkan mengikut peruntukan akta dan undang2 universiti/kolej yang sedia ada. Serentak dengan pembubaran tersebut, maka bermulalah satu demi satu kepimpinan sedia ada 'dijatuhkan' untuk menaikkan yang baru. MPP, JPK, JPPK, etc ....semuanya turut dibubarkan bagi memberi peluang kepada muka-muka baru.

Bagi yang baru 'turun takhta'...muhasabah la diri anda sama ada anda telah menjalankan kewajipan anda selama ini sebagai pemimpin mahasiswa yang dipilih oleh pelajar2 lain. Dalam menyorot kembali peristiwa sebelum menjadi 'raja' pelajar ... mungkin terselit peristiwa di mana semangat dilontar dan janji manis ditabur. Memang diakui bahawa keberanian adalah diperlukan untuk berdiri di hadapan 'rakyat' bagi menghambur kata2 berapi yang penuh sengatan berbisa . . . TETAPI mengapa keberanian itu hilang tatkala memperjuang hak dan kebajikan pelajar? Keberanian mula digantikan dengan ketakutan dan mula menukar sang 'pemimpin' yang berani menjadi 'lembu' yang dicucuk hidung. 

Kadang2 aku rasa kesian melihat pemimpin mahasiswa ni seolah-olah hilang arah tuju. Lain yang diharapkan, lain pula yang dibuat. Mungkinkah kerana mereka gagal memahami tanggungjawab sendiri sehingga mereka seolah-olah hanyut dengan alam kuasa yang mereka miliki.? Ada suatu ketika tu, aku tersenyum dalam kasihan bila melihatkan kesibukan mereka kerana kesibukan mereka itu xda maknanya lantaran kesilapan memahami tugas sendiri. Mungkinkah KUASA yang dimiliki itu begitu besar sehingga melindungi pandangan tugas mereka.

Usaha dan semangat membela pelajar bertukar menjadi wadah persaingan antara kuasa. Bermula dengan perjuangan membela pelajar . . . tapi berakhir dengan perebutan mencari nama dalam menentukan siapa raja sebenar... Mengapa harus berakhir begitu? Kalau benarlah tanggapan aku ini bahawa pemimpin mahasiswa cuma alat pihak2 tertentu, maka dukacitalah dimaklumkan bahawa ...mahasiswa kita sudah mati.


Diharapkan supaya kepimpinan mahasiswa akan datang dapat menghidupkan kembali nyawa mahasiswa dan ini tidak mustahil untuk dilakukan. Apa yang diperlukan ialah integriti iaitu rasa tanggungjawab di atas setiap apa yang kita diamanahkan. Jadikan peristiwa kebangkitan mahasiswa 1974 sebagai sandaran . . tinggalkan amalan mereka tapi ambillah dan serulah semangat mereka...

"Jika takut risiko, usah bicara soal perjuangan" - Anwar Ibrahim

0 comments: