CINTA SEHARI

Tuesday, February 8, 2011

Bulan FEBRUARI pasti diingati oleh setiap pencinta manusia kerna bulan ini dianggap bulan agung bagi cinta sejati. Valentine's Day yang disambut pada setiap tanggal 14 Februari menjadi saksi kepada cinta sejati. Umat manusia di seluruh dunia khususnya para remaja meraikannya bahkan menanti-nanti kemunculan 14 Februari . . macamlah hari2 lain x boleh nak tunjukkan rasa cinta. Tapi kerna ia Valentine, so gelojak asmara itu lebih membenih dalam hati mereka pada hari tersebut. Ada apa dengan Valentine's Day??


Mengikut sejarah, kisah yang membawa kepada hari Valentine ini ada pelbagai versi dan riwayat. Yang paling popular pernah didendangkan ialah kisah St. Valentino di zaman pemerintahan Raja Rom. Malah Valentine's Day diambil sempena nama beliau. Bagaimana kisahnya?

Tersebutlah kisah di mana pada zaman pemerintahan empayar Rom, terdapat dua golongan askar iaitu satunya ialah askar yang sudah berkahwin dan satu lagi golongan askar yang belum berkahwin. Raja Rom pada masa itu mendapati bahawa askar yang belum berkahwin ini lebih bertenaga dan bersemangat berbanding mereka yang sudah berkahwin. Maka datanglah idea dalam fikiran Raja Rom itu untuk melarang dan mengharamkan perkahwinan di kalangan askarnya.

Namun, St. Valentino yang merupakan seorang paderi telah senyap2 dan dalam diam mengahwinkan askar2 tanpa pengetahuan Raja. Ini kerana, pada pemahaman St. Valentino, CINTA itu tidak boleh dihalang dan kemuncaknya adalah perkahwinan. Pabila sang Raja mendapat tahu berita perkahwinan tersebut, maka murka la raja tersebut dan St. Valentino telah dihukum (entah la hukum mati ka hukum penjara sampai mati) pada tarikh 14 Februari 270 Masihi. So, bagi meraikan pengorbanan dan pengabdian St. Valentino kepada cinta, maka diadakanlah sambutan yang sampai ke hari ini masih diraikan iaitu Valentine's Day . . .

Kisah itu biasa kita dengar tapi mengapa kita yang umat Islam ni masih lagi beriya-iya mengikut budaya asing yang bertentangan dengan ajaran suci Islam? Mengapa perlu kita sama2 meraikan paderi?? Owh ya, mungkin kita hanya meraikan semangat cinta, TAPI mengapa perlu ada hari khas? x boleh ka setiap hari, kita isi hati kita dengan cinta? mengapa perlu tunggu 14 Februari untuk meluah rasa cinta kita . . . dan bukan hari lain? Mungkinkah pada mereka . . . CINTA itu untuk sehari sahaja? 

Tiada halangan untuk meraikan cinta tapi bukan dengan cara mengingati keabdian St. Valentiono terhadap cinta. Jadikanlah FEBRUARI ini sebagai bulan berkasih sayang tanpa mempedulikan Valentine mahupun Valentino dan janganlah hentikan kasih sayang itu di takat Februari sahaja...tapi bawalah sehingga ke Februari seterusnya dan seterusnya. 

Perlu dingat bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengharamkan sambutan Valentine's Day di kalangan umat Islam. Yang HARAM tetap haram . . . Tapi cinta itu suci, jadi... semailah dan jagalah kesuciannya moga2 cinta kita diberkati oleh Yang Maha Mencintai ~

0 comments: