Di Mana Silapnya ?

Tuesday, February 15, 2011

Mohamed Khaled Nordin (dua kanan) yang diberi penerangan oleh Jainab Ahmad tertarik melihat model rumah penduduk sambil diperhatikan Sahol Hamid Abu Bakar (kanan) dan Jumat Idris (dua kiri) pada majlis pecah tanah projek perumahan di Kampung Lokub, Kota Kinabalu, semalam. - UTUSAN

Semalam (korang nak tau atau tidak..ada aku kesah?) telah berlangsungnya majlis pecah tanah projek penempatan baru Kg Lokub yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin. Projek pembinaan 73 buah rumah tersebut bakal menelan belanja sekitar RM 6.9 juta dibiayaai oleh pihak UiTM. Buat penegetahuan semua, majlis tersebut turut dihadiri oleh ADUN Karambunai, Datuk Jainab Ahmad dan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Jika dilihat kepada apa yang aku sampaikan di atas, nampak macam majlis besar yang memerlukan liputan media yang besar. TETAPI . . bila aku semak akhbar hari ini, ternyata berita utama yang terpapar bukan pasal UiTM Sabah. Cuba korang lihat tajuk dalam Utusan . . "KPT tinjau institusi perubatan luar negara" ... Apa silapnya dan di mana salahnya promosi UiTM? Menagapakah UiTM Sabah tidak mengambil peluang ini untuk mengkhabarkan perihal UiTM Sabah sendiri? Adakah mereka gembira dengan hanya muncul sebagai watak tempelan dalam masyarakat?...itu pun jarang2 ada cerita pasal UiTM Sabah ni.

Mengambil contoh Universiti Malaysia Sabah (UMS), bahagian korporat UMS mensasarkan bahawa setiap hari WAJIB ada berita perihal UMS dalam akhbar tempatan...tapi UiTM Sabah, sebulan sekali pun jarang kita nampak dalam akhbar tempatan, apatah lagi nak muncul dalam akhbar nasional. Menagapa perkara begini harus berlaku? Ini bukan kali pertama... sebelum ni ketika menganjurkan Festival Tari Borneo 2010, perkara sama berlaku apabila UiTM Sabah sekadar menjadi tempelan dalam berita. 

DI MANA SILAPNYA ???

0 comments: