Cinta Agung yang ingin aku kisahkan kali ini xde kene mengene pun dengan Valentine yang disambut hari ini. Cinta yang ingin aku zahirkan pada kali ini adalah kisah CINTA seorang kekasih. Kekasih Empunya dunia yang tiada tolok bandingnya. Kekasih yang aku maksudkan ialah MUHAMMAD S.A.W. Insan teragung dalam sejarah peradadaban dunia malah seorang penulis Barat iaitu Michael H.R pernah mencatatkan nama Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dan paling hebat dalam sejarah serta menduduki ranking No.1 di antara 100 manusia tersohor dunia. Pertimbangan Michael H.R adalah berdasarkan kepada kejayaan dan kehebatan Muhammad dalam arena agama mahupun sekular sehingga mampu membawa Islam meliputi 2/3 dunia.
Muhammad yang juga Rasulullah merupakan kekasih ALLAH. Baginda Rasulullah sememangnya istimewa. Biarpun belum dilahirkan dan masih lagi di dalam kandungan ibunya Aminah, ALLAH telah memberkati dan menjaga Baginda. Pelbagai peristiwa aneh yang tak mampu kita fikirkan akan berlaku, telahpun berlaku dengan izin-NYA. Pada tanggal 12 Rabiul'awal Tahun Gajah, bersamaan 20 April 570 Masihi, seorang bayi kecil lahir ke dunia dan diberi nama Muhammad yaani 'Yang Terpuji'. Kelahiran bayi tersebut merupakan tanda awal sinar bakal menjelma di Kota Mekah yang selama ini penuh dosa dan noda.
Baginda Rasulullah dilantik menjadi Rasul ketika umurnya 40 tahun di Gua Hirak di mana Baginda menerima wahyu pertama daripada ALLAH melalui perantaraan Malaikat Jibril. Ops ISLAM bermula dengan perlahan dan dalam diam yang hanya dilakukan di kalangan kaum keluarga dan teman. Biarpun sukar, Baginda tetap teguh menyampaikan dakwah bagi mengajak umat manusia menyembah ALLAH SWT. Biar dihinia, dicerca, dipukul dan sampai satu tahap ingin dibunuh, Baginda masih lagi kekal dengan pendirian dalam menyebarkan ajaran suci Islam. Dakwah selama 13 tahun di Mekah seterusnya diperluas pula ke Madinah selama 10 tahun. Dalam masa 23 tahun itu, Islam tersebar ke segenap ruang dan pelusuk dunia. Itulah perjuangan seorang kekasih ALLAH.
Baginda amat mencintai umatnya dan pelbagai cara dilakukan dan perlbagai doa dipohon oleh Baginda agar umat Baginda terus selamat. Kasihnya dan sayangnya Nabi Muhammad kepada kita umatnya amat mendalam sehinggakan di akhir hayatnya juga, Baginda masih mengungkapkan "Umatku, Umatku, Umatku". Sungguh istimewa kita di hati Baginda Rasulullah. Namun adakah Baginda juga istimewa di hati kita? Jika iya...mengapa sunnahnya langsung tak diikut? dan mengapa pesanan dan nasihatnya langsung x kita endahkan? Kita mengaku sayangkan Rasulullah tapi mengapa kita melakukan sesuatu yang bisa melukan hati Baginda? Kita berani mengungkapkan betapa kita mencintai Rasulullah..tapi mengapa kita seakan-akan berat dan malu untuk menuruti segala pesanannya?
Jika begitu keadaannya, layakkah kita memperoleh CINTA RASULULLAH ??
Sabda Rasulullah:
"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU."
ESOK merupakan 12 Rabiulwal 1432H, bersamaan dengan Maulidurrasul. Jadi jadikanlah Maulidurrasul ini sebagai hari penerus kepada ingatan kita buat kekasih ALLAH . . NABI MUHAMMAD S.A.W.
2 comments:
salam maulidur rasul =)
salam maulidur rasul
Post a Comment