TENANG Di Ambang Peperangan

Sunday, January 23, 2011


Orang cakap, di Malaysia ni ada dua kali je kemeriahan dapat dirasa iaitu waktu perayaan dan waktu pilihan raya. Bercakap soal pilihan raya ni, aku rasa masuk ni dah lebih 10 kali Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Terbaru, PRK akan diadakan di DUN Tenang memandangkan pemilik kerusi DUN tersebut iaitu Datuk Sulaiman Taha telah kembali ke rahmatullah pada 17 Disember yang lepas. So, bermula semalam DUN Tenang tidak akan lagi tenang seperti biasa kerana kempen dan perang politik mula menjalar mengisi segenap ruang yang tenang.

Penduduk di sana la yang paling untung sebab semua pemimpin negara turun dan tokoh politik tanah air turun berkempen. PRK ni bagus juga sebab kawasan yang tidak maju pun boleh jadi maju. Jalan tak berturap pun tiba2 boleh berturap. Itulah keajaiban PRK. Peluang bisness pun bertambah-tambah kerana terlampau ramai datang. Silap2, Mat Pakistan jual karpet pun boleh jadi jutawan kalau berniaga waktu PRK...hehehe.

Orait, jom kita citer2 sikit pasal PRK di DUN Tenang nie. Seperti yang semua tahu, calon bertanding telah pun dinamakan semalam. Kali ni menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 antara PAS dan BN. PAS mempertaruhkan calon wanita apabila menamakan Ketua Muslimat PAS Labis iaitu Cikgu Normala Sudirman manakala BN pula meletakkan Mohd. Azahar Ibrahim sebagai calon bertanding. Jika dilihat, PAS kali ini cuba untuk menarik undi wanita apabila mencalonkan Normala. Maklum la, majoriti pengundi adalah kaum hawa. BN pula cuba menggunakan ketokohan dan kepimpinan Azahar sebagai kekuatan penarik undi daripada masyarakat.


Setiap kali pilihan raya berlangsung, memang tak sah kalau tiada isu dimain dan diputarkan untuk halwa telinga pengundi. Tak kira la, isu itu betul ka, fitnah ka...yang penting, ia mampu menarik undi. Apabila melihatkan starategi pembangkang yang menggunakan isu kenaikan harga minyak dan ketirisan pentabiran negara hari ini, nampak macam isu lama dan dah macam ulangan PRU pula. Mungkin kali ini pembangkang akan menggunakan medan PRK ini untuk menjaja 'Pelan 100 Hari' yang dicanangkan akan dilaksanakan sekiranya mentadbir negara. Tapi isu ni macam tak kena pula la memandangkan yang ini cuma PRK dan 'Pelan 100 Hari' tu tidak boleh dipakai walaupun menang di Tenang. Pembangkang perlu lebih mengengahkan isu tempatan dan apa kelebihan jika mengundi mereka daripada terus memainkan sentimen rakyat.

BN pula dilihat lebih banyak bergerak untuk menyangkal apa jua fitnah dan kisah dongeng yang ditaburkan oleh pembangkang terhadap kerajaan selain terus menjanjikan pembangunan berterusan untuk penduduk setempat seperti mana dilakukan di Galas pada pilihan raya kecil yang lepas. Tak tahu la adakah isu moral Ketua Pembangkang akan juga dapat didengar berkumandang di Tenang. Tapi aku rasa tetap akan ada memandangkan ia adalah isu hangat dan rakyat sukakan isu panas seperti ini.hehehe ~ Ada la juga kan hiburan pilihan raya. Sebagai penambahan usaha BN, aku rasa..BN perlu giatkan usaha untuk menarik undi daripada orang muda memandangkan pengundi muda kian bertambah tapi mereka seakan tidak berminat dengan politik. Adalah menjadi tugas yang berat kepada mana2 parti pun baggi meyakinkan pengundi muda.

PRK DUN Tenang kali ini juga menjadi medan untuk menguji pengaruh MIC pasca Sammy Vellu dan juga menguji kesetiaan kaum Cina terhadap perjuangan MCA di bawah pimpinan Chua Soi Lek. Tenang daripada dulu menjadi kubu kuat BN dan PRK ini secara keseluruhannya akan mengkaji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia

Adakah pembangkang mampu merobek kubu BN ini? Kita lihat di hari pengundian nanti ~ TUNGGU . . . Yang pasti kini penduduk Tenang tidak mampu lagi tidur dan hidup dengan tenang memandangkan PERANG telah bermula.



0 comments: