OPPORTUNITY COST

Saturday, January 22, 2011

'Opportunity Cost' sememangnya satu frasa kata yang tidak asing lagi di kalangan mahasiswa yang mengambil subjek ekonomi. Tapi bagi korang yang tidak ambil ekonomi, mungkin korang tertanya-tanya apa kejadahnya benda tu . . . Sebenarnya, opportunity cost bukan hak milik mutlak ekonomi kerana frasa ini sering terlibat dalam hidup kita..x kisah la anda tu petani ka, pengawal ka, cikgu ka, malah perdana menteri pun pasti akan terjebak dalam opportunity cost kerana ia pasti muncul di saat wujudnya choice (pilihan).

Menurut definisi yang dberikan oleh Investopedia; "Opportunity cost is the cost of an alternative that must be forgone in order to pursue a certain action." 

Manakala Wikipedia pula memberi makna; "Opprtunity cost is the cost related to the next-best choice available to someone who has picked among several mutually exclusive choices."

Sekarang aku nak tanya...korang faham ke?hehehe. Kalau yang faham tu bagus la. Dan bagi yang tak faham..dalam bahasa melayunya dan pemahaman mudahnya, opportunity cost bermaksud kos melepas iaitu sesuatu yang terpaksa dilepaskan kerana kita memilih yang lain. Sebagai contoh..anda diberikan dua pilihan iaitu A dan B. Jika anda pilih yang A, maka B ialah kos melepas anda (if u chose A, B is your opprtunity cost)... So, sudah faham sekarang?

Aku sengaja membawa korang mengenali istilah2 ekonomi kerana ekonomi tidak khusus untuk ahli dan pakar ekonomi sahaja. Ini kerana semua orang terlibat dalam ekonomi, dan semua orang perlu tahu. Sebab itulah aku ambil subjek ekonomi kerana ia satunya2 program yang komprehensif dan holistik yang merangkumi segenap ruang kehidupan manusia.

Setiap hari kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan yang memerlukan kita membuat pilihan. Ada kalanya kita tidak dapat membuat atau mendapat semua yang kita inginkan. Jadi nak taknak, pilihan perlu dibuat dan opportunity cost tetap akan wujud walaupun tanpa diundang. Ahli ekonomi ada berpesan, jika kita ingin membuat pilihan, pastikan keuntungan ataupun benefit yang kita peroleh daripada pilihan kita itu haruslah lebih baik dari apa yang telah kita lepaskan. Begitu juga la dalam kehidupan kita, pilihan yang kita lakukan sekarang, janganlah sampai merugikan kita kemudian hari. 

0 comments: