Tawa dalam Tangisan

Wednesday, May 4, 2011

Akhirnya aku kembali ke tanah airku Kelantan selepas genap DUA bulan aku berada jauh di bumi Sabah. Kepulangan aku ke Kelantan kali ini terselit berbagai perasaan kerana dalam dua bulan itu, terlalu banyak kenangan tercipta dan pelbagai peristiwa terakam. Terasa susah hati ini ingin mengajak diri pulang dan terlalu sukar kaki ini melangkah pergi. Buat pertama kali air mata aku menitis di saat2 terakhir di sana. Entah la, mungkin kerna mata aku pedih, so sbb tu la air mata bergenang di mata..hahaha. 


Sebelum ini ada aku ceritakan sedikit coretan hidup aku di Sabah kan. So kali ini aku ingin panjangkan lagi warkah aku tu. Seperti yang aku cakap, aku tinggal di rumah staf. So, bagi lebih jelas, selain Rahman (pemandu ambulan) . . turut menjadi teman serumahku selama 2 bulan adalah Wan (MA Unit Kesihatan), Asley Josley @ Tantawi (Bilal) dan Anuar (pemandu). Walaupun ada 5 manusia di dalam rumah tersebut, sukar untuk nampak kelibat kelima-lima kami dalam satu2 masa.hahaha. Maklumlah kan kalau dah namanya lelaki, memang x sah kalau x merayap di luar sambil mencari 'makan'.

Pelbagai aktiviti  luar UiTM yang sempat aku join. Antaranya lawatan Peers dan juga Kolej ke Tawau. Selangkah ke UiTM, mencari pelajar MDAB di Ranau dan paling penting adalah program bertemu YB Salleh di Lahad Datu bagi menyerahkan laporan kajian yang kami buat dulu. Selain aktiviti UiTM, terdapat juga ketikanya aku mengiringi jenazah bekas pelajar UiTM ke tanah perkuburan. Ajal maut di tangan Tuhan, so insaf rasanya apabila jenazah kaku di hadapan mata biarpun umur mereka lebih muda dariku. Selain daripada yang aku nyatakan di atas, terdapat banyak lagi program dan acara yang sempat aku ikuti. Hampir setiap minggu, aku pasti 'out station' . . mengalahkan staf di sana.hahaha.

28 April yang lalu merupakan ulang tahun keputeraan aku yang ke 24. Aku ni jarang sambut birthday so aku xdaklah kecoh2 sangat. Orang lain pun tak tahu sebab mereka ingat 23hb adalah hari jadi aku memandangkan itu tarikh yang aku nyatakan di FB. Bukan niat untuk menipu tapi ada sebabnya aku buat begitu. Biarpun dirahsiakan, ada juga yang mengetahui sebenarnya. So pada pagi hari tersebut, aku telah dihadiahkan kek oleh 'seseorang' dan sebelah malamnya pula aku diraikan sekali lagi oleh rakan2 serumahku.

Di awal tadi, aku katakan yang terlampau banyak kenangan tercipta . . Salah satunya adalah kenangan AKU & DIRINYA. Siapa dirinya tidak dapat aku dedahkan kerana masanya belum sesuai. Mungkin lagu Rossa ini bisa menceritakan apa yang berlaku...

KU MENUNGGU - ROSSA

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu


SEMOGA AKU DAPAT KEMBALI KE SANA MENYAMBUNG KISAH YANG BELUM TERUNGKAI

3 comments:

Anonymous said...

dear balik sabah k..

Anonymous said...

dalink jahat!!!!

Putera AG said...

wow . . !!! adakah anda 'seseorang' itu?hahaha