Terbongkarkah Nanti?

Wednesday, December 22, 2010


Memang gempar bila WIKILEAKS dedahkan dokumen sulit yang direkodkan di kedutaan2 AS seluruh dunia. Bagi yang tidak tahu...., apa yang didedahkan merupakan rekod perbualan diplomat2 asing dengan diplomat2 di kedutaan AS. Ia merangkumi perkara2 sulit yang menjadi rahsia dan tidak didedahkan kepada umum. Namun pendedahan oleh Wikileaks telah membongkar segalanya tentang apa yang difikirkan oleh sesebuah negara terhadap negara lain. DAN secara tiba2, pengasasnya iaitu Julian Assange menjadi popular di seluruh negara akibat keberanian pasukannya mendedahkan dokumen2 tersebut walaupun sekarang menerima kecaman seluruh pemimpin dunia khususnya pentadbiran Amerika Syarikat.

Aku bukan nak komen sangat pasal benda ni cuma apa yang aku nak kongsi di sini ialah, apa agaknya kalau perkara sebegini berlaku kepada UiTM? Adakah sesuatu yang umum tidak tahu mengenai apa yang berlaku dalam UiTM akan diketahui oleh semua. Jika dikumpul la percakapan dan perbualan warga UiTM tentang apa yang berlaku dalam UiTM, aku rasa huru-hara jadinya UiTM..hehehe. Sepanjang 5 tahun aku menjadi warga UiTM, sepatutnya aku tahu sedikit sebanyak apa yang berlaku khususnya di UiTM Sabah dan juga UiTM Shah Alam memandangkan dua kampus ini pernah menjadi singgahsana aku.

Aku tak nak sentuh terlampau banyak, biarlah aku sentuh sedikit je dan aku akan biarkan korang sisat keseluruhan cerita. Kalau la 'UiTM'leaks menjadi kenyataan, mungkinkah akan terdedah segala rahsia? Apakah kita akan tahu sama ada benar atau tidak cerita bahawa pelakon popular menjadi dalang pembekalan dadah masuk ke UiTM Shah Alam? Persoalan siapa individu paling 'racist' di UiTM juga akan terbongkar selain apa strategi yang digunakan oleh UiTM Shah Alam untuk terus kekal yang terbaik berbanding kampus cawangan. Jika cakap2 orang menjadi sumber utama, mungkinkah kita akan tahu MPP UiTM cawangan mana yang paling lembik dan dianaktirikan oleh pentadbiran kampusnya sendiri serta cawangan manakah yang menjadi 'tong sampah' UiTM? Tahukah kita apa kebenaran di sebalik setiap pertukaran dan perpindahan kakitangan yang dilakukan oleh pentadibran tertinggi UiTM?

Kita tidak mahu perkara2 rahsia ini didedahkan, tapi kita cuma andaikan jika ia benar2 terdedah kepada umum. Kita tidak mahu tanggapan mengenai MPP UiTM Sabah oleh staf2 menjadi bualan. Mungkin kebenaran siapa pak turut dan siapa yang patut dicantas oleh HEP akan terjawab. Pernahkah kita fikir mengapa kebanyakan aktiviti pelajar disekat? atau pernahkah kita fikir bagaimana sistem birokrasi telah dinodai oleh pihak2 yang berkepentingan? Cuba selami kebenaran di sebalik permusuhan MPP & JPK yang tiada berkesudahan sampai ke hari ini serta persoalan mengapa ada dua puak dominan dalam KESATRIA . . . Mereka di sekeliling tahu apa yang berlaku yang hanya memerhatikan kesudahannya.

Mungkin akan sampai suatu ketika di mana semua ini bukan lagi rahsia. Siapa tahu kebenaran di sebalik lagenda roh MELATI yang menghantui UiTM Sabah? Apa sudah jadi dengan cerita 3 SYARAT perjanjian dengan JIN? Apakah punca utama mahasiswi sering diganggu..benarkah berpunca dari roh sekitar atau ada penjelasan lain yang lebih dominan? Semua itu ada jawapannya cuma tak ramai yang tahu dan ambil peduli termasuklah kisah di sebalik misteri KLASTER C.

Pertengkaran antara lecturer juga antara yang menjadi rahsia belum terungkai. Apa pendapat seorang lecturer tarhadap lecturer yang lain? Siapa yang paling banyak terlibat dengan skandal dan mengapa 'orang itu' masih lagi berkhidmat? Apa pula pendapat student terhadap lecturer yang mereka kenali? Mengapa kes 'budak itu' senyap-sunyi tanpa kesudahan? Adakah kerana seseorang itu anak emas dan rapat dengan pihak tertentu, maka kes terhadapnya dipandang sebelah mata oleh yang berkenaan? Banyak lagi kes yang ditutup dan kesudahannya menjadi teka-teki.

PENDEDAHAN MENCARI SEBUAH KEBENARAN

0 comments: