Aku Bukan PLAYBOY

Monday, December 20, 2010

Aku bukan PLAYBOY adalah tajuk entri aku kali ni. Di sini aku nak memberi penjelasan tentang gelaran yang selalu diberi kepada aku semasa aku belajar di UiTM Sabah suatu ketika dahulu . . Aku pun xtaw kenapa orang gelar aku PLAYBOY. Punya la baik insan bernama GHAZALI ni sesuci pekerti IMAM AL-GHAZALI.hahaha. Kenapa? X dapat terima kenyataan?

Mungkinkah kerana majoriti kawanku dulu adalah perempuan, maka aku digelar PLAYBOY? Atau mungkinkah kerana aku lebih rapat ngan budak perempuan berbanding budak lelaki, maka aku di gelar PLAYBOY? atau mungkinkah kerana sifat aku yang pantang nampak perempuan cantik, lalu cuba memikat, maka aku digelar PLAYBOY? Suka la aku nak jelaskan di sini bahawasanya aku ni bukan PLAYBOY, cuma seorang yang MESRA INSAN. Salahkah aku berkawan dengan perempuan atau salahkah aku melayan mesra perempuan2 yang juga kawan aku? Lu pikir la sendiri !!

Memang secara normanya, lelaki tertarik kepada perempuan. Dan memang normal la kalau aku lebih tertarik kepada kaum hawa ini. Sekarang mungkin korang akan pertikaikan kerana korang menganggap aku mempunyai ramai kekasih...xtermasuk skandal2 aku kan..hehe. Aku tak nafikan perkara itu TAPI aku jga tak meng'iya'kan perkara tersebut. Lagipun, siapa la aku nak pasang banyak2 GF sedangkan yang satu ni pun susah nak layan kerenahnya..hahaha. SATU NI??? ADA KA??? Persoalan itu akan terjawab nanti bila tiba masanya ~

SECRET WILL BE REVEALED SOON !!!

0 comments: