Siapa Yang Peduli Part 3

Saturday, November 27, 2010

Post bertajuk 'Siapa Yang Peduli' kini memasuki peringkat seterusnya. Kadang2 orang bertanya, kenapa aku buat cerita yang sebegitu... Suka hati aku la kan nak tulis apa dalam blog aku..hehe.. Anda terasa terhina? Rasa Marah? ...Siapa yang peduli?hahaha ~ Jika dilihat post2 tersebut, aku tak cerita detail sangat tentang apa dan tentang siapa aku menulis. Aku taknak la aku dituduh sebagai pengkhianat mahupun penjahat kerana watak2 yang aku tulis adalah mengenai mereka yang dekat dengan aku. Biarpun aku tak nyatakan secara jelas di IPT mana perkara tersebut berlaku..tapi korang pasti cukup bijak untuk mengenalpasti lokasi kejadian. Kalau anda masih tertanya-tanya IPT mana aku maksudkan...lebih baik korang p hentak kepala kat dinding.. Takkan la benda tu pun x dapat detect.. Aduiiyaa ~

Kali ni aku menulis lagi. Tulisan kali ni bukan tanda protes atau sekadar untuk mengaibkan orang... tapi inilah realiti yang patut anda tahu... Cerita ini berlaku di sana....... Setiap unit, setiap bahagian, setiap level, setiap individu, semuanya ada cerita masing2 dan semuanya menyimpan rahsia masing2. Memang indah jika dipandang dari luar. Namun bila diselami, penuh duri sepanjang jalan. Ada dendam dalam jiwa. DAN ada dengki antara mereka. Aku di sana x lama..tapi cukup untuk mengenal perwatakan dan mengetahui rahsia mereka. Tiada tempat yang bersih. Tempat yang suci pun dikotori hasad dan dengki. Aku ingat lagi apabila mengunjungi seseorang bagi satu tujuan rasmi... Sesampainya aku di sana, aku disogokkan dengan kisah2 skandal individu berprofile tinggi. Satu persatu diceritakan keaiban orang walhal beliau bergelar seorang ustaz. Ketidakpuasan hatinya menyebabkan beliau kabur dengan agama barangkali. Begitu sekali dakyah syaitan menyesatkan manusia. Kalau itu diambil kira, maka sangat berjaya la syaitan itu.

Masih lagi dalam situasi yang sama, cuma individu berlainan. Kali ni kisahnya melibatkan dua 'tokoh agama'. Entah di mana silapnya, bertahun-tahun disimpan ketidakpuasan hati sehingga sanggup memburukkan orang. Bukankah agama kita mengajak kepada musyawarah bagi mencari penyelesaian dan membuang prasangka? Mungkin mereka lupa kerana terlampau mencari populariti diri. Mungkin pernah mereka musyawarah, tapi x menjadi kot..hehe~ Biarpun rasa sakit hati, simpan je la... Jangan nak tunjuk kat orang. Macam mendatangkan aib pla tu..ish3x.. Astaghfirullahal'azim ~

Beralih kita ke lokasi seterusnya... Xmahu aku sebutkan di mana. Cukuplah aku khabarkan yang ia adalah tempat paling popular dan melibatkan individu yang agak popular. Kisah seorang 'majikan' dan 'pekerjanya'. Masing2 mempunyai pengikut dan pengaruh yang tersendiri. Cuma yang seorang ni bijak berhujah mencari jalan dan seorang lagi bijak berhujah memutar alam...haha.. Tapi seperti biasalah... hebat apa pun anda... Jawatan jualah yang membezakan anda. Biarpun anda bijak, hujah anda berapi...namun kuasa di tangan siapa? Fikir-fikirkan ~ Tiada nasihat yang mampu aku berikan, bertawakkal dan berserah je la. Tapi kalau nak juga nasihat. BE BRAVE!!! Beranikan diri anda...bukan untuk kepentingan diri tapi demi 'keamanan' sejagat.

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah... tapi ada kalanya kerusi yang membezakan ketinggian bila kita duduk. Aku ada mengenali seseorang yang sama situasinya dengan penyataan di atas. Biarpun sama level, tapi kadang-kadang, terasa satu orang di atas dan satu orang di bawah. Bila rakan sekerja menjadi kuli, mulalah kutuk mengata terjadi. Yang menjadi mangsa adalah mereka yang satu kapal. Cuba bayangkan apabila kapten bergaduh, ke arah mana pengemudi kapal nak pulas 'stereng' kan. Bila mahu dikupas kejadian ini..senang je kesimpulannya... sebab adanya sikat yang tidak mahu kalah adanya sikap yang tak tahu apa.hehe. Sikap 'tidak mahu kalah' ni sebab dia nak nampak lebih menonjol. Maklumla bila sama taraf ni, kena la lebih menonjol dari yang lain kan. Yang 'tak tahu apa' ni sebab dia xtahu apa tugas n apa haknya. Tu yang susah tu sebab dia tak tahu macam mana mau membela diri sendiri bila diserang bom 'lanun'.. Macam-macam ~

ENOUGH ~

0 comments: