Keluhanku

Sunday, November 28, 2010



Haiisssshh ~... Aku mulakan post kali ni dengan keluhan. 

Bukan ingin menidakkan takdir, tapi aku cuma bingung dan rasa pelik kenapa segala perancanganku tak menjadi sejak kebelakangan ni. Kerana kekecewaan itu, hidup aku kini terumbang-ambing dan kadang-kadang merasai penyesalan yang teramat. 

Jika dihitung, sudah hampir dua minggu aku kembali ke tanah lahirku, namun kosong..tiada apa aku rasa....tiada apa yang aku dapat melainkan kobosanan tahap dewa 67. Kawan2 pun kadang2 je ader..maklumlah masing2 busy dengan urusan mereka. 

Ditambah lagi dengan rasa kecewa akibat sesuatu yang di luar jangkaan.. Semuanya gara2 kebodohan dan kelekaan aku. 

Waktu beginilah aku mula memikirkan perkara2 yang berlaku di UiTM Sabah dan seakan aku mahu terbang kembali ke sana. Nasib aku ni tiada duit.. Kalau kaya, dah lama aku ke sana menghabiskan masa aku.hahaha.. Iya la kan, lebih baik aku menghabiskan masa di sana daripada aku macam orang gila terkurung di sini. 

Ada yang bilang sama aku, yang aku akan menyesal jika balik awal.. Memang betul pun. Alangkah bagus kalau aku masih di sana...dapat juga aku berkhidmat untuk UiTM dan kawan2 sentiasa ada untuk aku. 

Padan juga la muka aku kerana terlampau mengejar sesuatu yang tak pasti, lantas meninggalkan apa yang tersedia.. Nasib aku sekarang ibarat.. Yang dikejar x dapat, yang dikendong pula berciciran... ~

0 comments: