Apa Namaku?

Monday, November 29, 2010

Selama aku hidup la kan..banyak nama yang orang bagi ngn aku. Kadang2 tu suka2 hati diorang jak mau bagi nama ngan aku. Walaupun mula2 tu agak janggal, tapi lama2 aku dah biasa dan mula menyukai nama22 yang diorang bagi aku. So, kali ni aku mau ceritakan kisah di sebalik nama2 aku.. Aku pernah tulis ni dalam blog aku yang dulu.. Tapi kali ni aku edit sikit alikisahnya ~

1) Ahmad Ghazali Ismail - Ini nama yang diberikan aku bilamana aku dilahirkan. Aku pun xtaw siapa yang fikirkan nama aku ni. Nama ni jarang orang panggil, hanya time nak isi borang n majlis rasmi je ia muncul. Bila waktu memperkenalkan diri, selalunya aku bagi tahu nama penuh ini la. Kalau disebut penuh, suci je nama aku ni sebagaimana empunya diri juga.hehehe.

2) Ahmad - Siapa panggil aku dengan nama ni? Seingat aku hanya cikgu aku di sekolah menengah yang suka panggil aku 'Ahmad'. Jadi kalau aku nak bagi cikgu ingat aku, terpaksa la aku gelarkan diri aku 'Ahmad' waktu jumpa mereka. Kalau tidak, jawabnya pikir panjang la cikgu tu untuk kenal aku balik.hehe... Kalau di UiTM, hanya seorang yang panggil aku dengan nama ini iaitu Puan Hasnawati...lecturer yang mengajar aku tym aku diploma dulu. 

3) Ghazali - Bila orang panggil aku 'Ghazali', aku dah boleh agak yang orang tersebut baru mengenali aku or baru menjadi kawan aku sebab nama 'Ghazali' itu agak formal bagi aku. Satu lagi yang panggil aku dengan nama ini ialah lecturer aku di UiTM. Aku suka juga bila dipanggil dengan nama ni sebab mengingatkan aku supaya menjadi seperti Imam Al-Ghazali... Wow.. I like it !!

4) Jali - Nama ini cukup serasi dengan aku sebab ramai memanggil aku dengan nama ini termasuk family, kaum kerabat, & kawan-kawan. Orang cakap nama ini cukup klasik sebab ada lagu lama berkait dengan nama aku ni...tajuknya 'Ini Dia Si Jali-Jali'.hahaha... Aku juga lebih selesa orang paggil aku dengan nama ni sebenarnya sebab aku dapat merasakan keakraban orang tersebut dengan aku.

5) Albert - Mesti ramai yang confuse dan tertawa sendiri bila aku bagi tahu ada orang panggil aku 'Albert'. Ini bukan main-main tetapi punya ceritanya sendiri. Nama ini diberikan semasa aku di Kuala Krai.. Begini ceritanya.. Waktu itu aku baru berpindah ke SMK Kuala Krai, maklum la student baru kan, jadi masih malu-malu.hehe... Tiba-tiba ada seseorang dalam kelas itu yang panggil aku 'Albert'...tidak tahu pula kenapa, tapi dia cakap nama itu sesuai dengan aku...Apa-apa je la. Sejak itu, semua kawan aku dalam kelas itu panggil aku 'Albert', even satu SMK Kuala Krai panggil aku dengan nama itu. Sampai sekarang pun mereka masih panggil aku dengan nama itu dan aku tahu, kalau ada orang paggil aku 'Albert', sah la dia dari SMK Kuala Krai.

6) Bokbong - Hahaha...ni nama paling lucu dan still ada yang panggil aku nama ni sampai sekarang. Alkisahnya, nama ini diberi oleh Sir Sazali iaitu individu yang menjadi jurulatih Taekwondo aku time di sekolah rendah dulu. Aku tidak tahu apa dalam kepala dia sampai terkeluar gelaran itu untuk aku dan sampai sekarang aku masih digelar 'Bokbong' atau 'Bong' oleh segelintir kawan2. Aku lebih ska dipanggil Bong daripada BokBong sebab Bokbong ni kalau tak silap aku adalah spesies beruk..ish3x.. Call me Bong ok.. Not BOKBONG...

7) Gaza - Nama ni aku cipta sendiri Semasa aku d UiTM Shah Alam. Time tu masih lagi time kempen hentikan perang Israel-Palestin sebagai menyokong perjuangan penduduk Gaza. Ada la sorang dua lagi yang panggil aku dengan nama ni tapi macam tiada sudah tu nama.

8) Ghajali - Nama ni dipanggil oleh Dato' Prof Madya Dr Hj Hilmi Abd. Rahman, ex-TP HEP UiTM Sabah. Dia suka panggil aku dengan nama ini. Sedap juga kan...'GHAJALI'...Dan kawan-kawan aku di Indonesia juga panggil aku dengan nama 'Ghajali'. Thanks Dato'.


9) Ghaz - Nama ni diberikan kepada aku oleh PM Rosdiana..TP HEA UiTM Sabah. Asal setiap kali jumpa aku mesti dia panggil aku Ghaz... Ok la tu kan daripada gas..hehe. Tapi sekarang pun Dr. Kadir iaitu Pengarah Kampus UiTM Sabah pun kadang2 panggil aku dengan nama ni juga. Best juga ni nama. Moden gitu....

10) AG - I just love this name. It's my initial... Ramai yang jeles aku guna nama ni. Biasa la kan..mana boleh tengok aku senag..hahaha. So now... aku upgrade jadi Putera AG..hehehe.




0 comments: