Coming Soon !!!

Thursday, November 4, 2010

Hari ini sudah 4hb November, so ada 10 hari lagi sebelum final exam melabuhkan tirainya. Kini, exam sudah menjadi hal kedua untuk difikirkan sebab mahasiswa pada waktu ini sudah mencongak bilakah tarikh untuk mereka pulang ke rumah masing2. Bagi aku pula, lebih sesuai untuk aku katakan yang aku kini sedang mencongak hari2 terakhir aku di Sabah. Secara sinikalnya, aku tidak sabar2 lagi mahu meninggalkan tempat ini yang banyak kenangan pahit buatku. Tapi secara realitinya, aku agak sedih untuk berangkat pulang sebab kenagan indah itu lebih dalam kesannya berbanding kepahitan yang aku lalui selama 5 tahun aku di sini.. Benar kata2 bait lagu 'Berhenti Berharap' yang aku post sebelum ni ~


Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Di sini aku rasai bagaimana gembiranya bila dalam kebahagiaan dan di sini juga aku pelajari bagaimana kecewa dan sakitnya bila menderita. Ada sesuatu . . . eh tidak la.. ada banyak yang ingin aku luahkan agar mereka tahu apa dalam kotak fikiran dan hatiku yang selama ini gagal mereka buka kerna sengaja aku kunci dan tutup rapat2. Mereka belum kenal aku siapa. Mungkin mereka kenal aku sebagai yang happy, banyak bercakap dan mungkin juga lelaki buaya..hahaha.. Tapi tiada siapa yang tahu apa di sebalik wajahku yang comel dan ketat ni..hahahaha.. ~ Biarlah ia rahsia . . . 


Kini aku sedang menghitung hari2 terakhir supaya bila aku di Kelantan nanti, akan ku buka satu persatu cerita tentang mereka yang aku kenal di sini. Aku juga akan bongkar satu demi satu rahsia dan mistik di sebalik tirai UiTM Sabah. Kenapa perlu aku tunggu sehingga aku pulang? Mesti la..kalau nak mengutuk, jangan sampai kena pukul kan..hehehe. Tunggu je la bila sampai masanya nanti. Yang korang mau tau mungkin akan terjawab nanti. 

COMING SOON !!!!

1 comments:

Anonymous said...

oh tgh mengumpul artikel nak ngutuk la ni jali. Haih. hampeh betul la. Nanti aku letak bom atom kat flight ko. hi hi hi