Inilah POLITIK

Friday, November 5, 2010

Kali ni kita lupakan dulu seketika drama di sini. Dalam wadah kali ni, aku nak cerita pasal politik pula. Maklum la, dah nak abis belajar ni, apa kata bergiat sikit2 dalam politik.hehe.. Kita mulakan dengan berita kemenangan BARISAN NASIONAL dalam PRK di DUN GALAS dan PARLIMEN BATU SAPI semalam.

Muka hadapan Utusan Malaysia (5/11/2010)

Kemenangan yang berpihak kepada BN memang sudah dijangka walaupun ada yang buat2 tak percaya..kunun ~ Kenapa sudah dijangka? Senang ja..sebab kebijakan percaturan politik BN. BN bijak meletakkan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya di DUN Galas, Kelantan. Semua orang di Kelantan tahu, dan seluruh warga politik tahu yang Ku Li adalah individu yang paling dihormati dan disegani di Gua Musang. Malah pembangkang pun hormat dengan Ku Li... So, apabila BN menamakan Ku Li sebagai boss pilihan raya, maka sukarlah pembangkang nak menang di sana. Pembangkang pula dah kehabisan modal nak gugat kekuatan jentera BN. Nak serang calon, xdapat.. Nak serang Ku Li pun tak dapat sokongan. Nak tak nak, lagu lama la berkumandang di Galas...

Di Batu Sapi pula lebih kurang jak ceritanya. Biarpun Anwar Ibrahim lantang bersuara, tak siapa dapat menidakkan sumbangan BN di sana. Orang bukan mahu dengar cakap2 jak, tapi orang mahu lihat hasil. DAN BN sudah membuktikan kemampuan mereka mentadbir. Aku setuju juga la pendapat salah seorang YB yang aku kenal.. Dia bagi tahu, kemenangan ini adalah hasil daripada pengundi2 muda yang sekarang sudah kembali memihak kepada BN. Besarnya peranan orang muda ni kan.. ~

Di kedua-dua tempat ni, pembangkang terus mempolitikkan Gagasan 1 Malaysia. Isu wang rasuah dan pengundi hantu pun kedengaran juga la walaupun aku tak nampak sangat kerelevanan isu2 tu. Kalau aku sendiri pun, asal wakil rakyat buat kerja dan aku nampak hasilnya yang menguntungkan aku, UNDI je la. Penat nak dengar orang bercakap ni. Kalau dia pandai sangat bercakap, bagus jadi pendakwah. Dapat juga pahala daripada dia gunakan bakat berkata-kata tu untuk menabur fitnah dan mecetuskan ketegangan. 

Politik memang kotor. Tiada pun istilah politik yang suci zaman sekarang ni. Tujuan mungkin murni la tapi politik ni melibatkan ramai oarang. Takkan la semua tu baikkan?? Mesti la ada yang yang menyimpang. Tapi jangan sampai matlamat perjuangan tu tidak tercapai pula. Nak guna isu apa pun lantak la, isu agama pun boleh, tapi jangan sampai keterlaluan. Tak pasal2 dapat dosa dan bertemu di NERAKA.. DAN Jangan la pula jadi seperti sesetengah pihak yang terpaksa menjilat kembali ludah mereka. Mengutuk tak ingat dunia, tapi bila sendiri yang bikin, terbalik pula kata2 mereka. INILAH POLITIK !!! Aku tak cakap mana2 pihak, tapi kalau terasa, ADA AKU KESAH ??

Kalau difikirkan dan dinilai, macam budak2 pun ada diorang ni. Teda2 bha bergaduh dan saling kutuk mengutuk. Bagus jadi cikgu tadika kalau perangai macam budak2. Hancur negara lama2 kalau ahli politik kita begini. Haiishh ~ Nasihat aku, berhenti dan bertaubat la kepada yang buat angkara. Malaysia ni kecil jak dan ada satu2nya di dunia, berpolitik jangan sampai maruah negara tergadai dan jangan biar kita menjadi bahan ketawa masyarakat dunia.

Sebelum berundur, TAHNIAH buat BARISAN NASIONAL !!!

0 comments: