Jom Balik Kampung

Monday, October 4, 2010

Pada 23-27 September yang lalu, telah terlaksana program yang paling aku tunggu2 selama ini. Program 'Jom Balik Kampung Siri II - Kajian Ekonomi Desa' di Kg. Cocos, Lahad Datu sememangnya menjadi penantian aku biarpun ini merupakan kali ketiga ia telah dijalankan. Jika first time aku ke sana adalah melalui program anjuran KEMAS dan kali kedua merupakan gabungan aku dan Kebudayaan UiTM Sabah..kali ini ia adalah program anjuran aku sendiri melalui Persatuan EKONIA di mana aku adalah Pengerusinya. Aku bertuah sebab program kali ni mendapat sokongan dan pembiayaan daripada Ahli Parlimen P.188 Silam iaitu Yang Berhormat Haji Salleh bin Kalbi.

Jika sebelum ni kehadiran kami adalah sebagai anak angkat sahaja, tapi kali ini, aku bawa geng2 aku dari program ekonomi untuk menjalankan kajian ekonomi di sana sebagai menyampaikan idea dan hajat Yang Berhormat. Program selama 5 hari tu memang best dan sememangnya Kg Cocos adalah tempat paling best bagi program OPKIM atau keluarga angkat ni. Mana taknya, orang2 di sana semuanya baik2 dan peramah. Kalau bab makan jangan la cakap. Selagi kami tidak makan, selagi tu la kami tak dibenarkan keluar rumah atau ikut program.hahaha.

Seperti yang aku cakap, ini adalah kali ketiga bagi aku..dan mungkin juga ini adalah program terakhir aku ke sana. Kali ni, aku diangkat sebagai anak oleh keluarga yang berbeza daripada sebelum2 ini. Tapi sebab aku sudah biasa di sana, so semua orang di sana dah macam keluarga aku sendiri.hehe. Kali ni Pak Syawal berjaya dapatkan aku walaupun cuba direbut oleh keluarga lain. Kiranya aku ni anak paling diminati la.hehehe. Tak rasa macam diangkat sebab aku dilayan dengan begitu baik.

Oh ya, program kami kali ini cukup gah kerna banyak acara hebat dan layanan hebat kami terima. Program kami ni dirakam oleh RTM untuk tayangan Lambai Limbai. So jadi artis la kami sepanjang 5 hari tu sebab banyak sangat shooting.haha. Perjalanan ke sana yang biasanya 6 jam menjadi  10 jam sebab banyak kali berhenti. Sesampainya kami di sana, kereta peronda polis dan pasukan bikersz kampung telah menunggu untuk mengiringi kami. Bila bas berlabuh, paluan kompang mengiringi perjalanan kami ke dewan. YB sendiri yang menyambut kehadiran kami. Dikhabarkan beliau telah berada di situ 2 jam sebelum kedatangan kami. TERIMA KASIH YB !!

Kali ni juga menyaksikan penduduk kampung kembali bersatu, tidak sebagaimana sebelum ini yang berpecah kepada dua kumpulan. Aku bersyukur la sebab mereka sanggup kembali bersatu dan bekerjasama demi program kami. Pada program tersebut juga, kami telah adakan majlis khas penghargaan untuk Datuk Dr. Worran iaitu mantan Pengarah Kampus UiTM Sabah. Jika orang lain buat majlis untuknya di KK, kami ambil peluang ini untuk menghargainya di tanah kelahirannya dan bersama penduduk kampungnya sendiri. hanya ini yang mampu kami lakukan. Dr Abdul Kadir iaitu Pengarah Kampus turut hadir memeriahkan suasana. Semoga Datuk gembira di sebalik air mata yang bergenang di matanya dalam acara tersebut.

Ada banyak lagi program dan perkara yang berlaku, nanti je la aku ceritakan sebab aku ni tiada masa pula sekarang.hehe. Yang penting, jangan lupa menonton rancangan Lambai Limbai TV 1 siaran 19hb dan 26hb Oktober jam 2 petang kerana program kami itu akan disiarkan. Jadi boleh la tengok muka kami di sana.hahaha ~ Entah ada ka xdak muka aku tu.

Anyway, Tahnks to YB Salleh Kalbi (Ahli Palimen P.188 Silam), Dr Abdul Kadir Rosline (Pengarah Kampus UiTM Sabah), Datuk Dr Worran (Mantan Pengarah Kampus UiTM Sabah), Tuan Haji Indah (Pengerusi GDW Kg Cocos), Tuan Hj Chawa (Ketua KG. Cocos), jawatankuasa pelaksana program, keluarga angkat, penduduk Kg. Cocos dan pelajar2 yang terlibat menjayakan Program 'Jom Balik Kampung Siri II - Kajian Ekonomi Desa'.

0 comments: