EXAM VS THESIS

Wednesday, October 27, 2010

Akhirnya setelah sekian lama aku menyepi, kini baru sempat aku nukilkan sesuatu di blog ni. Maklum la kan sejak dua menjak ni susah sikit nak update.  Bukan sebab tiada masa..tapi sebab tiada sudah laptop..hahaha. Jangankan update blog, buat assgnment pun sesak bila xda laptop aku yang telah dicuri tu


Sekarang ni sedar x sedar, sudah musim FINAL EXAM rupanya. 3 hari lepas dah bermula eaxam bagi pelajar2 UiTM seluruh negara. Kali ni memang agak sandi buat au. Mana taknya, dah la 3 paper ja aku kali ni, tapi jaraknya YA ALLAH...macam bikin sakit jantung. buka tirai exam adalah paer aku pertama... penutup exam adalah paper aku yang ketiga. Lebih kurang paper aku ni jaraknya seminggu sekali. Dah la aku ni jenis pelajar yang jarang belajar time exam.hehehe. Penat menunggu paper je aku sem ni. Tapi biarlah memandangkan ini adalah EXAM aku yang terakhir di UiTM Sabah ni. Lepas ni dah xde exam dah.hahaha.. ~ Tapi ada lagi yang paling menyedihkan... ada ka bila tibanya 1st paper aku hari tu, tiba2 aku demam pla. Bukan alang2 demam, bikin lemah tubuh badan. Memang tiada belas kesian la ni demam. Tiada hari lain ka demam ni mau datang..? Aku anggap je cobaan.. Orang kata, setiap cubaan itu, ada hikmahnya... macam kecurian hari tu la..(walaupun aku tak berapa nampak hikmahnya..hehe.. mungkin ada, cuma x perasan.).


Di sebalik exam...sebagai pelajar semester akhir EKONOMI, kami diminta siapkan THESIS setebal 60++ pages. Ku fikirkan banyak lagi la masa untuk siapkan benda tu, tapi tiba2 lecturer call meminta kami siapkan benda tu dalam masa kurang seminggu.. Ish3x.. Macam mahu bunuh diri je dengar berita tu.hahaha. Dah la aku x start apa2 lagi untuk thesis tu. Yang ada cuma journal yang aku present sebelum ni...semua data yang aku cari slama satu sem hilang bersama laptopku. Tak habis2 cubaan yang datang menguji aku.. Buat masa ni pun aku tengah berfikir macam mana mau buat thesis tu dengan ketiadaan data, rujukan dan laptop. Apa malang betul nasib aku ni. Aku juga dikhabarkan bahawa journal yang aku buat (ringkasan thesis) tu terkenal ke seluruh isi alam. Aku pun x tau knapa dan mcm mana.. Sedangkan aku sendiri pun xpaham apa yang aku buat, jadi macam mana la orang lain termasuk PROFESOR dari NETHERLAND (yang bg ulasan) tu boleh faham  apa yang aku buat. Musykil betul aku... So, bila dah jadi begitu, nak taknak terpaksa la aku buat bagus2 punya thesis agar tak memalukan mereka yang menyokong aku.hahaha... (ketawa dengan riak yang cemas).. 

Memang banyak cubaan yang aku terima sejak akhir2 ni tapi biarlah memandangkan ini adalah saat2 terakhir aku di Sabah ni. Lepas ni mahu pulang ke Semenanjung pula..fikir masa depan. Ada juga la beberapa tawaran yang aku terima. Tawaran kerja..bukan tawaran berpacaran..hahaha. Tapi biarla aku fikir dulu sebab ini berkenaan masa depan. ~

BIAR MASA YANG MENENTUKAN 

2 comments:

Siti Syakirah Saidi said...

wohoo..sabar..
aku plak slesma tadi waktu first paper..=.=

Diyana Amira said...

cobaan