Seram

Monday, September 13, 2010

Tadi aku baru lepas tengok citer MOMOK THE MOVIE kat TV3. Aku bukan nak tulis pasal citer tu.. tapi citer tu bagi aku inspirasi untuk menulis pasal kisah2 seram yang aku pernah dengar di UiTM Sabah. Sebab sudah 5 tahun aku di sana...so banyak la kisah2 yang aku dengar. Ada yang menyeramkan dan ada juga yang membosankan. Jom dengar sama2. Kalau x sempat habis, aku sambung lagi nanti. Aku tulis dulu mana2 yang sempat aku tulis.

Bila aku masuk penghujung tahun 2005, macam2 aku dengar daripada senior. Tak taw la sama ada diorang sengaja reka atau memang betul apa yang diceritakan tu. Ni senior la yang cerita. Kata mereka, tapak UiTM Sabah ni adalah kawasan perkampungan jin suatu ketika dulu. Bagi membuka kampus ni, satu perjanjian telah dibuat antara pihak UiTM dan jin tersebut. UiTM boleh dibina dengan perjanjian, 3 syarat yang mereka berikan mesti dipatuhi dan tidak boleh dilanggar. Dengan kata lain, ada 3 perkara yang kita dilarang buat di kawasan kampus. Kalau tidak, penghuni UiTM akan terima balasan. 3 syarat tu aku tak boleh la jelaskan apa sebab aku pun tak berapa pasti sangat apa syarat2 tu. Tapi yang aku dikhabarkan, dua dari syarat tu telah dilanggar. Sebab itulah makin banyak kejadian aneh berlaku kat kampus ni. Tak tahu la kesahihan cerita ni sebab aku pun tak berapa nak percaya sangat. Tapi begitulah kisah yang disampaikan oleh senior2 sejak turun temurun.hehehe. Kalau korang nak atau taknak percaya, suka hati la kan.

Kita sambung lagi kisah2 seterusnya.... Dulu kelas kami semua di Fasa 3. Di sana pun banyak kisah2 seram yang aku dengar daripada pak guard dan staf2 yang bertugas di sana. Tempat yanmg paling menyeramkan di Fasa 3 tu ialah di anjung..tempat makan di sana. Aku diberitahu yang di sana adalah tempat pontianak sebab memang ada yang pernah nampak pontianak tu di sana. Selain di anjung tu, bangunan InEd sekarang adalah salah satu bangunan yang berhantu... Dulu, di sana adalah tempat pengawal...pengawal yang tinggal sana selalu diganggu malam2.Dekat2 dengan kawasan pejabat HEA pun 'keras' juga. Memang di sana tu seram sikit. Aku p stay malam2 pun memang menyeramkan. Orang cakap, di sana tu adalah laluan hantu. Malam2 akan ada kelibat hantu di sana. Errr... ~ Seperti yang aku cakap, dulu di sana tu kelas. Staf2 yang bekerja malam2 di sana selalu kena. Macam mana kena? Bila diorang tutup lampu, akan ada yang on balik tu lampu. Pernah diorang nampak 'sesuatu' jalan2 sekitar bangunan tu di tengah2 malam. Ada sorang brader ni citer, dia pernah sapa sorang guard yang dia jumpa. Tapi guard tu senyap jak. Bila brader tu jalan depan lagi, dia terserempak lagi guard td. Terus dia tanya macam mana guard tu ada di sana sedangkan tadi dia baru je terserempak. Rupa-rupanya guard tu baru je sampai. Naaa..maknanya........ siapa la yang dia jumpa td?? Meremang bulu roma aku tulis kisah ni.

Kolej lama di sebelah library memang menjadi bangunan yang paling ditakuti oleh semua warga kolej. Kenapa? Sebab ia adalah banngunan yang ditinggalkan dan dikhabarkan terdapat lebih 300 jin yang tinggal di sana sekarang. Orang cakap, apabila ada histeria, 'benda' dalam badan budak tu akan dihalau p kolej lama ni. Memang patut la orang takut kan.hahaha. Dulu di sana adalah pejabat kokurikulum. Ada komander pernah cerita yang diorang pernah nampak hantu berdiri depan diorang.. Lintang pukang diorang. Nama MELATI memang popular di kalangan pelajar UiTM. Bagi diorang Melati adalah hantu jelmaan daripada seorang pelajar yang bunuh diri di kolej lama. Entah la betul ka xdak cerita tu. Aku tak berapa percaya sangat. Memang ada aku dengar pelajar kita pernah buuh diri...tapi tak tahu la d mana dia bunuh diri tu. Tapi memang Melati cukup dikenali. Bahkan bdk2 yang histeria..bila ditanya siapa mereka.. jawapannya tetap sama.. MELATI..... Hantu pun suka guna nama Melati. Sah la memang Melati tu paling popular di UiTM Sabah.

Semua yang aku cerita tu hanya sebahagian dari kisah2 yang ada... Banyak lagi cerita, tapi aku stop dulu sebab aku dah ngantuk nak menaip. Nanti aku sambung lagi kisah2 hantu yang ada di UiTM Sabah ni. Tunggu la sambungan selepas ini ~ ~ ~ Usah biarkan hidup anda diselubungi MISTERI . . .

2 comments:

Anonymous said...

Very good info. Lucky me I ran across your site by accident (stumbleupon).
I have book-marked it for later!
Feel free to visit my web site - free iphones

Anonymous said...

Howdy, i read your blog from time to time and i own a similar one and i was just curious if you get
a lot of spam responses? If so how do you protect against it,
any plugin or anything you can suggest? I get so much lately it's driving me mad so any help is very much appreciated.
my site - Propertyinturkeyforsale.Net