Aku Hanya Mampu Tersenyum

Tuesday, September 14, 2010

Semalam tanggal 14hb September 2010 bersamaan hari raya ke-5, sesuatu telah berlaku. Apa yang berlaku?? Rumah sewa tempat aku stay dimasuki pencuri. Natijahnya . . sebuah laptop dan dua buah telefon bimbitku lesap dikebas sang pencuri durjana. Kalau ditafsir, kerugian berjumlah RM 3000.00. Apa yang boleh akucakap, benda dah terjadi, aku hanya mampu tersenyum.

Bagaimana boleh berlaku? Begini kisahnya. Hari tu aku tidur di rumah kawan aku di Indah Permai..seperti hari2 sebelum itu. Namun pada pagi kejadian, aku tersedar jam 8.10 pagi. Pada waktu tu, laptop dan handphoneku masih ada. Sempat lagi aku baca SMS resipi Chef Wan yang dihantar Maxis. Then, aku tidur la balik sebab plan jam 8.30 gitu mahu pulang ke Klaster. Pabila aku bangun jam 8.30 pagi, aku terus mencari-cari handphoneku. Namun tak pula aku jumpa. Mungkin aku campak ketika tidur.hehe. Then aku perasan yang laptop di sebelah tempat aku tidur..macam tiada pula. Mula la aku berfikir panjang dan mensyaki benda2 tu dah dicuri memandangkan pintu utama dah terbuka. Tidak juga la aku marah atau gelisah...aku cuma hanya mampu tersenyum. Kenapa aku senyum?? Sebabnya...bila mengenangkan ini raya terakhir aku di Sabah, ini pula yang aku dapat.hahaha~

Aku sangkakan yang aku ni bertuah la sebab wallet aku dia tak ambil. Maknanya ada la wang untuk aku makan kan. Tapi bila aku buka wallet aku tu... Kosong pula isinya. Sial punya penyamun. Sekali lagi aku hanya mampu tersenyum mengenangkan yang aku tiada punya apa2 sekarang. Dah la laptop and handphone kena kebas, duit aku pun disapunya.hahahaha... Malang betul nasib aku di hari raya ni.

Jika difikirkan ini, ini bukan kali pertama handphone aku hilang. Sejak berada di Sabah sahaja, x kurang dari 5 buah sudah hanphone aku hilang. Sama ada aku tertinggal di mana2 mahupun aku tercampak tanpa aku sedari. Tapi inilah kali pertama...sepanjang aku berada di Sabah, barangku hilang dicuri sang pencuri..sebab sebelum ni, aku yang selalu menghilangkan semua handphone aku tu.hehehe ~

Tapi benda dah terjadi, apa lagi aku boleh buat. Police report sudah aku lakukan. Tawakkal je la selepas ni. Barang yang lepas jangan dikenang... Bikin susah hati je. Jadi teruskan hidup gembira dan bersyukur la aku, sebab aku cuma hilang handphone dan laptop. Sekurang-kurangnya nyawa aku tidak hilang ~

1 comments:

aan said...

andu bah jali kesianya kau~
aku doakan pencuri tu menerima padahnya dan bertaubat seblm terlewat~