Amalan Mulia di Aidilfitri

Thursday, September 9, 2010

Dalam menyambut 1 Syawal ni dan sebelum kita memulakan hari 1 Syawal ni, aku nak kongsikan beberapa amalan sunat yang boleh diamalkan sempena Aidilfitri kali ini. Ini aku ambil dari laman web SPA . . .

AMALAN MULIA DI AIDILFITRI

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan salam dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturrahim sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. Sebelum merayakan Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat fitrah.

 http://www.spa.gov.my/images/SPAnavigator/images/puspanita/buletin/buletin/amalan_mulia.htm 

0 comments: