Aduan

Wednesday, September 1, 2010

Sudah lebih dua pertiga Ramadhan berlalu rupanya. Cepat betul masa ni berlalu. Pejam celik pejam celik, dah nak raya.hehe. Maaflah kalau dah lama aku x menulis dalam blog aku ni. Seingat aku, last skali aku menulis ialah ketika aku di Klaster B. Apa boleh buat kan, di kolej baharu ni tiada wireless. So, sabor je ler . . . Tapi kan, macam biasa yang aku ungkapkan, suka hati aku la nak menulis ka xdak dalam blog ni. Blog aku juga pun, bukan korang punya blog.hahahaha... Gurau2 jer.hehehe~ Dalam entry kali ni, aku ingin menulis ADUANKU....

Ok la.. kali ni aku nak mengadu di sini yang masa untuk peribadiku seakan telah dicuri sejak kebelakangan ni. Aku ingatkan, di bulan Ramadhan yang mulia ni, dapatlah aku berehat daripada aktiviti2 universiti yang sebelum ni banyak menyesakkan masa aku...rupanya aku silap. Makin bertambah pula kerja aku memandangkan banyak program selepas raya, jadi sebelum ramai cuti beraya, nak taknak terpaksa la kasi settle dulu apa yang patut. Kalau tak, mati la aku nanti lepas raya. Terlampau banyak nak dilakukan. Hurm....

Aku juga nak mengadu yang tidur aku kini tak lagi menentu. Di saat orang lain tidur, aku celik. DAN di saat orang lain semangat di siang hari, aku pula layu terkulai di katil. Aku pun tak taw apa mau buat. Mungkin sebab aku semangat mahu sahur, jadi aku sanggup tak tidur tuggu waktu bersahur. Maklum la kan, lewatkan bersahur itu adalah SUNNAH RASULULLAH S.A.W. . . . Dalam fikiran aku, kalau aku tidur, memang confirm aku terlepas sahur dan suboh. Ish3x.... Jadi jalan penyelesaiaannya, terpaksa la bersengkang mata di malam hari sambil ditemani drama Jepun.hehehe.

Aku ingn buat aduan yang makanku juga macam tak terjaga. Di saat orang lain menjamu selera yang enak2 waktu berbuka, aku cuma minum air kosong dan makan roti untuk mengalas perut. Bukan la hari2 begitu, tapi kebanyakannya memang begitulah menu berbuka bagi aku. Bukan apa, tapi aku malas betul mahu ke kedai atau cafe untuk tapau makanan. Oleh sebab kemalasan aku tu, terpaksa la kunyah roti jer. Jika roti di waktu berbuka, sahur lagi la sandi...hanya air kosong yang diteguk sekadar mengambil berkat sahur. Mengapa? Sebab hanya itulah yang ada di bilikku. Bukan aku tidak mahu membeli, tapi setiap pagi dekat2 waktu bersahur, mesti gastrik aku muncul dan sekaligus mematikan keinginan makanku. Nasib badan ~~

Aduan aku yang seterusnya adalah berkenaan mercun. Yang ni aku tak tahu nak klasifikasikan perasaan aku macam mana. Nak kata marah, tidak juga sebab bunyi mercun ni bikin meriah suasana..hehe. Tapi nak kata tak marah, tidak juga sebab diorang main mercun ni melampau-lampau. Tak melampau ka kalau dari korang berbuka sehinggalah korang bersahur, diorang masih lagi bermain mercun. Gila ka apa budak2 yang main mercun tu? Takda akal ka? Aku dulu tym kecik2, memang kaki mercun juga di rumah. Pantang malam sikit, mesti meletup tu mercun oleh aku. Tapi sejak makin besar ni, dah x berapa nak main sebab...ntah la, mungkin dah hilang feel mercun tu. Tapi kalau ada di tangan, confirm aku main juga.hahahaha...

Ada banyak lagi mau mengadu ni, tapi takut korang pula buat aduan cakap aku ni mengarut...biar la aku coretkan aduanku yang terakhir sempena Ramadhan ni. Aku nak mengadu yang tiada sorang pun yang mau teman aku beraya di kolej.huhuhu. Semua orang yang aku tanya, mesti diorang jawab yang diorang balik beraya di kampung masing2. Kalau diiukutkan, memang aku mahu balik dan aku memang diminta balik ke Kelantan. Mengingatkan yang ini mungkin kali terakhir aku beraya di negeri orang, aku buat keputusan untuk beraya di kolej sahaja. Walaupun ada ajakan dari orang tempatan Sabah untuk bawa aku pulang beraya tempat diorang, aku menolak sebab aku ingin sekali berhari raya buat yang terakhir kalinya di UiTM... UiTM Sentiasa Di Hatiku ~

Ok la.... itu je la aduan aku untuk kali ni. Waktu berbuka pun dah hampir. Bak kata orang Sabah. “Mau sungkai suda ni” . . . Sungkai = Berbuka.

Selamat meneruskan ibadah puasa di Bulan Ramadhan dan yang penting.... JANGAN PONTENG PUASA TAW!!!!

0 comments: