Freshie & Senior

Thursday, July 15, 2010

Semenjak dua menjak ni lepas ja MDS tamat, episod baru telah bermula iaitu episod perangai freshie (pelajar baru) yang menjengkelkan dan reaksi 'menyampah' dari senior(senior la kunun). Setiap semester, isu n masalah ni je la yang aku dengar. Naik muak sudah aku dengar. Kadang2 dah malas mau melayan. Tapi sebagai PM, terpaksa juga la ambil tahu dan buat2 ambil berat. Haishh ~

Antara komen yang aku dengar adalah, freshie sekarang ni kurang ajar, tidak hormat senior, tidak ikut peraturan dan banyak lagi la. Tapi betulkah? Atau senior tu yang terasa lebih. Maklum la kan, dengki x dapat jadi PM.hahaha.. Jangan marah.. OK la... Apa yang kurang ajar? Adakah freshie ni kurang ajar sebab tak bagi salam? Habis tu ada senior bagi salam? Kurang ajar juga la senior kalau gitu, kalau salam yang mnjadi ukuran. Tak terfikir ka kita yang senior ni kononnya, mungkin budak tu pemalu ka, apa ka. Mesti nak fikir negatif. Baiklah, let say yang memang freshie ni kurang ajar dan jeling senior bagai harimau makan orang. So, apa guna la senior ni mengaku senior kalau benda depan mata gitu pun tak boleh nak tegur. Takkan la nak tunggu PM yang bertindak. Mana la PM nampak sebab depan PM, freshie ni baik jer.... Dayus betul senior yang membiarkan 'dosa' berlaku depan matanya. Lepas tu tambah lagi dosa dengan mengumpat di belakang. Aiiyyyaaa...... Wahai senior, tak rugi dan salah pun kalau kau tegur budak2 yang memang terserlah kekurang ajarnya tu. Tiada siapa marah. Kami berterima kasih lagi kalau korang buat gitu. Tapi jangan la mengambil kesempatan pula marah sesuka hati tanpa sebab. Melampau la kalau dia senyum pun korang marah.

Freshie tidak hormat senior? Tanya dulu diri sendiri, layakkah diri anda untuk dihormati? Takkan la kita nak hormat seorang penyangak dan pembuli? OK la, sekali lagi la kita andaikan yang freshie ni memang tidak hormat senior. Perangai pun mengalahkan banduan dalam penjara. Sekali lagi apa peranan senior? Tegurlah selagi dapat. Tak berani sebab takut ngan freshie tu? Susah juga tu kan. Ermmm, ginilah...ambil je nama, bagi la ngan mana2 PM yang korang kenal. Lepas tu pandai2 la kami guna 'psycho theraphy' kepada budak2 macam ni. Sebab bagi aku dalam hal macam ni, PM tak boleh dipersalahkan 100% sebab apa daya PM? Kalau didikan mak bapak diorang yang memang begitu, apa yang PM boleh buat. PM bukan malaikat atau Tuhan yang mampu mengubah mereka dalam sekelip mata. PM akan lakukan yang terdaya tapi berbalik kembali kepada freshie tersebut. Paling2 pun, kami akan cuba 'DM' kan budak2 macam ni supaya sem akan datang lebih aman.hahahaha...

Satu lagi yang paling kuat berdendang adalah kes pelajar baru or freshie tidak ikut peraturan terutamanya pemakaian. Umum di UiTM Sabah tahu yang freshie ada kod pemakaian tersendiri. Siswi baju kurung and siswa no jeans. Setiap sem memang begini dan tak tahulah bila nak berhenti.hehehe. Memang diakui ramai yang tidak ikut peraturan ni. Tapi masalahnya, PM x terjumpa pula diorang yang tidak ikut peraturan ni. Pelik pula. Atau kami yang tak perasan sebab sama ja muka freshie n senior kan. Bukannya semua freshie kami kenal. Lain la ada cop di dahi diorang yang menyatakan 'SAYA ADALAH FRESHIE'. Senang sikit kan kami kenal. Untuk kes ni, bagi tahu la PM terdekat dengan segera supaya tindakan segera boleh diambil. Ni tidak, seminggu lepas kejadian baru lah nak bagi tahu. Mengumpat la tu namanya. Ini adalah AMARAN untuk freshie: Jangan sampai kami tengking kamu di khalayak ramai. INGATLAH YA!!!!

Yang aku dok ceta di atas tu adalah sebahagian rungutan yang diterima dan apa kita perlu buat. Aku pun bukan suka sangat nak menulis pasal benda ni tapi hari2 senior datang ngan aku tanya, "Korang tak ajar ka freshie korang?". Tolonglah. Aku jadi PM bukan baru, lama dah. Senior yang cakap gitu pun sama jak dulu time part 1. Maka lebih teruk. So, jangan la nak komplen banyak sangat. Dulu, senior pun adalah freshie. Sekarang bila dah senior, kamu lihat balik la apa yang korang buat dulu. Sama ja, tiada yang lain. Rasakan la apa perasaan senior korang dulu. Hidup ini ibarat roda. Lambat laun, apa yang kita buat dulu kepada orang lain, akan terjadi balik kepada kita. Kalau ada freshie yang kurang ajar ngan korang, cuba fikir balik, mungkin ini balasan terhadap korang atas apa yang korang buat dengan senior terdahulu. Penghormatan bukan hak kita tapi adalah satu anugerah dari pihak lain. Kalau kita dapat, ALHAMDULILLAH. Kalau tidak, mungkin kita belum layak untuk menerimanya. Renung2kan ~ Yang penting kita kena amalkan sikap prihatin dan saling tegur menegur demi kebaikan bersama.

Terakhir sekali, aku mahu bagi amaran untuk FRESHIE UiTM Sabah: JANGAN SAMPAI KAMI BERTINDAK !!!!! korang tu baru di sini. Tak sampai satu sem pun lagi. Banyak lagi korang kena lalui. Janganlah buat sesuatu yang menyusahkan kamu dan yang penting jangan buat sesuatu yang memalukan kami sebagai PM anda !!!

0 comments: