Pengalaman cukup berharga

Saturday, June 5, 2010

Bila balik Kelantan ni, memang x sah kalau tak lepak ngan kawan2 sekolah aku dulu. Jarang2 sekali aku balik dan jarang2 juga la aku jumpa diorang ni. Maklumlah, masing2 busy ngan hal sendiri. Yang study tu busy ngan study dan yang dah keje tu busy la ngan keje diorang. Tapi yang pasti, hubungan persahabatan kami tetap kukuh dan terjalin mesra. Bangga bila ada geng2 sekepala ni. Jangan jeles ~

Bila dah berjumpa dan bersembang, mulalah masing2 buka cerita hidup masing2 dan aku macam biasa la, hanya mendengar dengan semangat dan kadang2 senyum sendiri sebab lucu. Tak tahu la apa yang lucunya...hahaha. Kali ni cukup berbeza sebab ada yang sudah keje, jadi pengalaman keje tu yang dikongsi bila kami bercerita. Aku cukup bangga bila tengok kawan2 bahagia n berjaya dalam bidang masing2. Ada yang jadi manager, ada yang jadi pegawai, ada yang dah nak kawin dan ada juga yang nak kawin tapi xda calon lagi...macam aku.

Dan bila dengar kawan aku ceta tentang keje n bagaimana berjayanya dia, aku rasa kekok lak sebab...ye la aku ni masih terkial-kial blajar dan belum tentu dapat keje. Terpikir juga kalau2 aku ni belajar je lebih, tapi esok2 gagal di alam pekerjaan. Takut pun ada juga tapi aku tahu yang rezeki sudah Tuhan tentukan dan aku sebagai manusia, hanya mengikut arus kehidupan. Yakin je la.... Mendengar pengalaman kawan aku yang  kerja sbg manager di ladang pun cukup buat aku teruja dan kagum sebab dalam umur sebaya aku, sudah dia capai kejayaan dan aku hanya mampu berbangga ngan pencapaian aku di universiti yang pengalaman x seberapa. Bukan la nak kata belajar di U tu buang masa, tapi pengalaman juga penting untuk masa depan dan aku xda pengalaman tersebut. Erm~~

Pengalaman kerja satu hal la, pengalaman hidup lagi satu hal. Daripada cerita kawan2 aku, jelas boleh nampak berbezanya hidup time belajar n time kerja. Bila belajar, kita cuma pikir result n link pun sekitar2 tu ja. Tapi di alam pekerjaan, bagaimana korang adapt persekitaran n bergaul ngan orang yang kadang2 jauh lebih tua menyebabkan kita perlu lebih kuat sama ada mental ataupun fizikal. Aku sendiri tak pernah hadapi situasi sukar dan aku tak tahu la nanti kalau2 aku cukup kuat nak hadapi semua tu. Adakah aku bersedia?

PENGALAMAN mematangkan USIA

0 comments: