Kebiadapan Israel

Saturday, June 5, 2010

Minggu ini kisah paling sensasi tentunya pasal serangan komando Israel ke atas konvoi kapal yang menghantar bantuan ke Gaza. Tak habis2 Israel buat hal dan ini menunjukkan betapa angkuh dan biadapnya malaun2 jahanam ni sehingga konvoi aktivis keamanan pun diserangnya. Niat aktivis ini cukup baik iaitu menghantar bantuan ke Gaza yang mengalami sekatan oleh Israel. Tapi kerana bebalnya Israel ni nak tunjuk belang mereka, mereka telah menyerang Kapal Mavi Marmara yang kononnya menghantar senjata ke Gaza. Aduhai betapa bodoh n bebalnya diorang ni.

Dalam serangan tersebut, 9 aktivis terkorban dan ada antara mereka yang ditembak berpuluh-puluh das tembakan dari jarak dekat. Israel yang memang jahat, telah melabelkan aktivis ini sebagai pengganas. Padahal diorang la penyangak n pengganas terbesar. Dan tadi berita melaporkan satu lagi kapal turut ditawan dan nasib mereka tak diketahui sampai sekarang. Kita hanya mampu berdoa agar mereka semua selamat. Lebih2 lagi ada 6 orang rakyat Malaysia dalam kapal tu termasuk dua wartawan TV3.

Kalau disorot kembali, Israel sememangnya sebuah negara Yahudi yang kejam, angkuh dan biadap. Walaupun dikenali sebagai sebuah negara haram (Malaysia pun tak pernah iktiraf Israel), mereka cukup berpengaruh sehinggakan dunia termasuk Amerika pun tunduk dengan diorang ni. Dari dulu sampai sekarang, matlamat mereka cuma satu iaitu menakluk Palestin yang pada pandangan mereka hanya layak diduduki oleh bangsa Yahudi. Oleh sebab itu, rakyat Palestin dari zaman Yaseer Arafat terus hidup dalam ketakutan dan ancaman. Namun semangat rakyat Palestin cukup kuat dan mereka perlukan sokongan kita khususnya umat Islam untuk terus berjuang mempertahankan bumi Palestin yang di sana berdirinya Masjid Aqsa (kiblat pertama umat Islam).



SELAMATKAN GAZA!!!!

0 comments: