Cerita Kami

Saturday, June 12, 2010

Hari ni atau lebih tepat malam tadi...aku dan geng2 aku waktu sekolah dulu ada buat BBQ. Just BBQ saja2, nak kumpul kawan2 lama n lepak skali. Maklum la kan masing2 buzy n jarang jumpa antara satu sama lain. So, sementara semua tengah holiday, kami kumpul la buat BBQ sambil2 lepak ngan kawan2. Bila lagi kan nak ada peluang macam ni. Tapi tak la ramai sangat...just dalam 10 orang je. Ada lagi yang lain tapi ada hal masing2. Ok la tu daripada tiada.hehe~~

BBQ kali ni, kitorang buat kat rumah Hadi, Sape yang kenal tu, kenal la. Sape yang x kenal, buat2 kenal je la yer.hahaha. Ni pun kitorang rancang tak seberapa. Tiba2 ja idea nak buat BBQ. Jadi buat la. Itulah prinsip kami. JUST DO IT!!! Macam2 la makanan yang ada...ayam bakar+sosej+nasi goreng+puding+keropok+fries n macam2 la. Xlarat kami nak kasi habis semua. Aku lagi la, petang tu dah baham macam time p beli barang untuk BBQ...ngan KFC n CPT nyer.Aduiii. So, malam tu, sikit je la aku makan sebab masih kekenyangan. Aku pun bangang jugak p bedal makan banyak awal2, dah tau ada BBQ malam tu, masih lagi nak makan banyak2 siang tu.hahahaha.

Time dok makan2 tu, keluar la cerita2 lama zaman persekolahan. Antaranya termasuklah kisah cikgu2 (bukan ngumpat yer), cerita pasal arwah classmate, cerita bala yang menimpa kami time skolah dulu dan ada juga sikit2 mengumpat dan mangata.hehehe. Selain cerita zaman sekolah, ada juga cerita zaman sekarang iaitu pasal kerja masing2 (bg yang dah kerja la). Aku yang x kerja lagi ni, dengar je la cerita diorang. Ntah betul ntah tidak. Layan je la ~

Pokoknya malam BBQ ni kami gembira n puas hati...bukan sebab kenyang tapi sebab dapat jumpa n lepak sama2 kawan. Esok pla kami bcadang mau p main futsal. Bukannya kami minta puji nak tunjuk sibuk, tapi maklum la kan, aku mau balik Sabah da, jadi sebelum aku balik, kami buat la macam2 xtvt supaya aku tak kempunan nanti bila da p Sabah. Baik betul kawan2 aku ni.hahaha. Walau apa pun orang cakap, kami still bersahabat biarpun ada haluan sendiri. FRENZ FOREVER ~~

Thankz to HADI sebagai tuan rumah n to ANAS sebagai penganjur BBQ. TQ gak kepada yang membantu dan yang datang. Thanks to ALL . . .

0 comments: